Program Super Spontan Xtravaganza (SSX) telah melabuhkan tirainya malam tadi.

Sekali gus, Fad Bocey telah diumumkan sebagai juara SSX dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM100,000.

Fad yang juga penyampai radio berkata, bagi meraikan kejayan tersebut, dia akan mengadakan majlis kesyukuran.

“Saya ada plan nak buat kenduri kesyukuran dan Insyallah saya akan meraikan semua peminat yang sentiasa sokong saya dari musim pertama sampai malam ini,” katanya kepada MH sejurus selepas SSX berakhir.

Fad Bocey Juara SSX Bawa Pulang RM100 Ribu, Mahu Buat Kenduri Kesyukuran Dan…

Fad Bocey Juara SSX Bawa Pulang RM100 Ribu, Mahu Buat Kenduri Kesyukuran Dan…

IKLAN

Program yang berlangsung di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyaksikan para  peserta melakukan pelbagai permainan dengan lawak spontan mereka.

Fad Bocey Juara SSX Bawa Pulang RM100 Ribu, Mahu Buat Kenduri Kesyukuran Dan…

Fad Bocey Juara SSX Bawa Pulang RM100 Ribu, Mahu Buat Kenduri Kesyukuran Dan…

IKLAN

Fad atau  nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam berkata, dia dan isteri, Syahirah ada  membuat perancangan untuk membuka perniagaan sendiri.

“Kalau kita tengok ramai artis skrg buat business sendiri.So why not saya pun nak cuba juga.

Saya dan isteri plan nak buka business produk kosmetik sendiri,” katanya kepada MH.

Fad Bocey Juara SSX Bawa Pulang RM100 Ribu, Mahu Buat Kenduri Kesyukuran Dan…

IKLAN

Fad telah merangkul gelaran juara dengan membawa trofi dan wang tunai RM100 ribu, Izzue Islam diumum sebagai naib juara yang membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM50 ribu. Manakala  Achey di tempat ketiga dengan RM25 ribu dan sebuah trofi.

Shahrol, Atu dan Joey masing-masing  membawa pulang wang tunai RM5 ribu dan trofi selepas diumum sebagai tempat keempat hingga keenam.

SSX telah menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos. Adibah Noor dan Afdlin Shauki selaku juri tetap dan Aida Jebat sebagai juri jemputan.

https://instagram.com/p/BoBBfm3FK44/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI