
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas mengenai pujian ramai yang menyifatkan majlis hari bahagia mereka sebagai ‘wedding of the year’.
Menurut Ezwan yang juga pemilik rangkaian restoran Kueh, meskipun majlis diadakan dalam suasana berbeza, konsep klasik tetap menjadi pilihan utama mereka.
“Semalam (majlis nikah) konsep outdoor, jadi hari ini pula di dalam dewan, tetapi masih mengekalkan unsur klasik. Kita pun (anjurkan majlis) secara sederhana sebenarnya.
“Apa pun kami perlu berikan kredit kepada pihak yang jalankan dekorasi dan perjalanan majlis ini (resepsi) sebab merekalah yang merealisasikan apa yang kita ingin dan gambarkan.
“Rasa saya dengan penampilan kita hari ini dan perjalanan majlis secara keseluruhan yang kontra, saya rasa saya nak naikkan aura isteri saya,” katanya.


Doorgift Handmade Istimewa
Sementara itu, demi menghargai tetamu yang hadir ke majlis resepsinya, Erra Fazira turut mengambil inisiatif menghasilkan sendiri cenderahati khas buat para jemputan.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan lebih untuk menyiapkan 500 bungkusan doorgift yang dibuat sepenuhnya dengan tangan sendiri.
“Semua ini handmade, memang saya buat sendiri. Hampir sebulan lebih juga saya ambil masa untuk siapkan tanda kasih sayang kepada semua tetamu,” katanya.
Menurut Erra, walaupun sampai sakit badan sepanjang proses menyiapkan cenderahati tersebut, dia berasa puas hati apabila melihat tetamu tersenyum menerima hasil tangannya.
“Memang sakit-sakit pinggang masa buatnya, tapi niat saya ketika itu cuma satu, nak membahagiakan dan menggembirakan semua orang,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Erra turut mengakui terharu dengan pelbagai kejutan yang disediakan oleh suaminya, Ezwan Zain, sepanjang majlis berlangsung.
“Saya pun tak sangka ada kejutan koir dan macam-macam lagi. Ia satu kejutan yang sangat manis daripada suami. Saya nampak segala usaha dia nak menterjemahkan cintanya,” katanya.

Kejutan Di Majlis Resepsi
Tambah Erra, pemilihan lagu-lagu nyanyian rakan artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut juga merupakan idea suaminya dan menjadi satu lagi kejutan istimewa buat dirinya.
“Semuanya pilihan suami, itu pun kejutan daripada dia juga. Terima kasih atas segala usaha dia untuk menjadikan hari bersejarah ini lebih bermakna,” katanya.
Terdahulu pada pagi Jumaat, Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis itu Erra, menerima mas kahwin ‘sepohon’ bunga emas berjumlah 24 dinar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




