Suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, iaitu Ezwan Zain, berkongsi bunga emas yang dijadikan mas kahwin sebagai sebahagian kejutan khas untuk isterinya.
Menurut Ezwan, 44, Erra hanya mengetahui tentang dinar emas, namun tidak menyangka akan menerima dalam bentuk gubahan bunga yang mengandungi 24 keping dinar emas.
“Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Sebelum ini dia sudah tahu tentang dinar emas itu tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping.
“Tiada simbolik nombor 24 itu, sebaliknya sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram,” katanya.
Ads
Ezwan Urus 95% Persiapan Kahwin
Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, mendedahkan suaminya memainkan peranan besar dalam merancang keseluruhan majlis perkahwinan mereka.
Ads
“Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan. Tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan kali ini,” kongsinya.
Ads
Berkongsi mengenai perancangan bulan madu pula, Erra memaklumkan ia perlu ditunda sehingga selepas Aidilfitri memandangkan dirinya terikat dengan jadual penggambaran serta konsert yang bakal berlangsung pada Februari nanti.
Terdahulu, Erra sah bergelar isteri kepada Ezwan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Kampung Melayu Subang tepat jam 9.19 pagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siri yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia, Stranger Things kembali dengan musim kelima yang dijangka bakal menjadi penutup kepada perjalanan epik remaja Hawkins menentang ancaman gelap dari dunia Upside Down.
Selepas empat musim penuh misteri dan debaran, musim terakhir ini bakal menjadi pertarungan terbesar antara Eleven dan musuh yang tidak pernah berhenti memburu mereka iaitu Vecna.
Musim baharu ini menyambung terus detik dramatik akhir musim lalu apabila Hawkins terbelah dan laluan ke Upside Down terbuka sepenuhnya.
Bandar kecil itu kini berubah menjadi zon perang supernatural sekali gus memaksa semua watak utama bergabung untuk menghadapi ancaman yang lebih besar daripada sebelumnya.
Bersempena meraikan musim terbaharu Stranger Things, platform penstriman Netflix telah pun mengadakan sebuah program aktivasi yang berlangsung meriah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah, peneraju kandungan hiburan tempatan, Astro turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kemeriahan bersama para peminat yang sudah lama menantikan kehadiran musim baharu siri tersebut.
Menariknya, anda kini boleh menyaksikan pelbagai kandungan terbaik dari dalam dan luar negara termasuklah rancangan-rancangan terkemuka Netflix seperti Stranger Things menerusi pakej Astro One Entertainment.
Astro One Entertainment hadir dengan pakej yang lebih jimat untuk memberikan kepuasan kepada para pelanggan bagi menikmati pengalaman tontonan terbaik seisi keluarga.
Jadi, anda tidak perlu pening-pening menguruskan pelbagai platform penstriman berbeza dalam satu masa kerana semuanya dirangkumkan dalam satu pakej berbaloi.
Pada program tersebut, Kuala Lumpur telah bertukar seakan-akan menjadi bandar Hawkins apabila segelintir kawasan dihiasi dengan tema Stranger Things.
Lebih menarik, pengunjung yang hadir turut berpeluang menyaksikan pameran dan perarakan beca berhias bertemakan kumpulan-kumpulan epik seperti The Core Hawkins Kids, The Hellfire Club dan Surfer Boy Pizza.
Bukan setakat itu, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan, arcade dan reruai makanan bertemakan Stranger Things.
Malah, segala informasi mengenai pakej Astro One Entertainment turut disediakan di trak khas Astro sepanjang aktiviti berlangsung.
Sementara itu, menurut pelakon dan penyanyi, Agy, dia teruja untuk menyaksikan kesudahan francais popular tersebut dan dalam masa sama berasa agak sedih kerana ia bakal berakhir.
“Saya antara peminat dan mengikuti siri Stranger Things ini. Dalam minggu ini, saya menonton semula siri-siri lepas untuk ingat semula apa yang berlaku.
“Untuk musim terbaharu ini, saya harap segala konflik ini akan berakhir. Selama empat musim sebelum ini, ramai yang geram kerana ia belum berakhir.
“Namun, ada juga yang mengatakan jika siri ini tamat, penonton akan mula rindu. Saya harap akan ada jalan cerita yang di luar kotak sama seperti plot twist di musim lalu,” katanya.
Ingin tahu apa kesudahannya, tonton Stranger Things musim ke-5 sekarang melalui One. Langgan sekarang melalui aplikasi My Astro.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Netflix Malaysia & Instagram Stranger Things
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa penyanyi dilihat memilih untuk melancarkan lagu baharu bersempena dengan majlis perkahwinan mereka.
Namun bagi Nadeera Zaini, situasinya sedikit berbeza.
Ini kerana lagu terbaharunya berjudul Peluk, duet bersama Hael Husaini, hanyalah sebuah projek kolaborasi.
Malah menurut Nadeera, ia langsung tiada kena mengena dengan spekulasi dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Saya hanya ‘berkahwin’ dalam muzik video sahaja. Realitinya belum ada lagi. Spekulasi itu tidak benar sama sekali. Saya belum terfikir nak mendirikan rumah tangga.
“Calon suami pun belum jumpa, macam mana saya nak kahwin? Saya belum ada insan istimewa itu dan fokus saya ketika ini hanyalah terhadap bidang nyanyian.
“Nak dapat peluang seperti sekarang bukanlah mudah. Jadi, saya fokus dengan hal-hal yang sepatutnya sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu ditemui ketika menghadiri program MeleTOP, baru-baru ini.
Katanya lagi, soal jodoh diserahkan sepenuhnya kepada perancangan Allah SWT.
“Saya pun tak tahu apa niat orang berkata sebegitu. Saya serahkan segalanya kepada rezeki. Kata orang, untuk mendirikan rumah tangga ini, biarlah kita betul-betul bersedia.
“Kalau Allah kata tahun depan saya berkahwin, kahwinlah saya. Saya percaya jodoh ini akan sampai pada waktu yang tepat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya sama ada kisah kegagalan rumah tangga rakan selebriti membuatkan dirinya takut untuk berkahwin, Nadeera menolak andaian tersebut dan percaya setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza.
“Nak kata trauma, tidaklah. Nasib dan rezeki seseorang itu tidak sama. Siapa tahu kalau rezeki kita bertemu dengan orang yang tepat,” ujarnya.
Jelas Nadeera, kehidupannya kini penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan, dikelilingi keluarga serta rakan-rakan rapat.
“Ketika ini, saya gembira hidup bersama orang-orang tersayang seperti ibu bapa dan rakan sekerja.
“Ada kalanya, perasaan sunyi itu pasti ada. Namun, ketika ini saya gembira dengan perjalanan kehidupan dan kerjaya. Ketika ini, saya memang berada di fasa gembira.
“Keluarga juga sangat menyokong apa yang saya kecapi saat ini. Mereka juga tidak mendesak saya untuk berkahwin,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Jessica Alba, mengakui beliau terkilan dan menyesali adegan bogel yang terpaksa dilakonkannya dalam filem Fantastic Four kira-kira 20 tahun lalu.
Jessica, 43, berkata adegan berkenaan yang memaparkan watak Sue Storm muncul tanpa seurat benang selepas kehilangan kuasa halimunannya di tengah-tengah kesibukan jambatan dibuat ketika beliau masih muda dan tidak mempunyai keberanian atau kuasa untuk menolak arahan produksi.
Menurutnya, beliau mengalami tekanan emosi yang berat berminggu-minggu selepas penggambaran kerana dibesarkan dalam keluarga yang konservatif, selain mempunyai pegangan nilai yang tegas berkaitan soal pendedahan tubuh.
Imbas semula penggambaran babak bogel itu, Jessica mengakui, “Saya benci babak tersebut ketika mereka membawa watak itu kembali di atas jambatan dan dia terpaksa berbogel di atas jambatan.
“Ia sangat teruk dan amat memalukan dalam kehidupan sebenar, kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang agak konservatif, dan saya seorang yang pemalu. Jadi apabila diminta melakonkan babak itu, saya hanya mampu berkata, Oh tidak, bukan yang ini.’”
Jessica turut menyatakan bahawa walaupun watak Sue Storm digambarkan sebagai wanita kuat dan menjadi kompas moral dalam pasukan adiwira berkenaan, proses pembikinan filem itu menggambarkan betapa kurangnya kepekaan industri pada ketika itu terhadap kebajikan serta batas peribadi pelakon wanita.
Perkara tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika menghadiri Red Sea International Film Festival yang bertempat di Jeddah, Arab Saudi.
Imbas kembali, filem yang ditayangkan 20 tahun lalu itu mengisahkan saintis Reed Richards, angkasawan Ben Grimm, pakar genetik Sue Storm dan adiknya Johnny Storm yang memperoleh kuasa luar biasa selepas pendedahan kepada sinaran kosmik semasa misi angkasa lepas.
Keempat-empat mereka kemudian berubah menjadi Mr. Fantastic yang boleh meregangkan tubuh, Invisible Woman yang tidak dapat dilihat, Human Torch yang mampu menyala dengan api, serta The Thing yang bertubuh batu.
Kuasa itu memaksa mereka bersatu sebagai adiwira untuk menghalang bekas penaung mereka, Victor von Doom, daripada menakluki bumi. Selain Jessica filem itu turut dibintangi oleh Chris Evans, Michael Chiklis, Ioan Gruffudd dan Julian McMahon.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengumumkan perancangan membuka restoran pertamanya iaitu Rembayung, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairulaming menerima pelbagai reaksi sama ada positif dan sebaliknya.