Uncategorized

Excellent Abang Long Fadil 2 Tewaskan Polis Evo, Kutip RM17.9 Juta

Share

Filem aksi tahun 2017 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari dan sekaligus menjadi filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini.

Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Menariknya, filem ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos yang lalu dan ia masih ditayangkan di 77 pawagam tanah air sehingga ke hari ini. Filem ALF2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

IKLAN