Erin Malek Berhutang Dan Tak Kembalikan Baju Perkahwinan?

Alamak apa kes ni? MH Online diberitahu pelakon wanita dan ibu kepada dua orang anak, Erin Malek Kemungkinan besar bakal berhadapan dengan arahan perintah mahkamah kerana isu baju perkahwinannya.

Menurut sumber portal hiburan tempatan, arahan tersebut akan dilakukan sendiri oleh pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin kerana Erin dikatakan gagal melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui sebanyak RM50,000.

MH Online turut difahamkan sebenarnya, sebelum ini Erin telah menerima surat peguam dan bersetuju untuk menjalani proses mediasi.

Dan sebenarnya jumlah caj yang patutnya mencecah RM80,000 telah dikurangkan kepada RM50,000 atas persetujuan masing-masing.

IKLAN

Dalam masa yang sama, surat tersebut turut meminta Erin untuk memulangkan kembali baju perkahwinan itu kepada perekanya semula. Namun sehingga ke hari ini Erin masih mendiamkan diri.

Hmmmm… Sebenarnya kami sendiri tidak tahu nak komen apa tentang isu ini. Tapi kami percaya, Erin tdak akan buat benda ni dengan sengaja, betul tak? Besar kemungkinan Erin memang sedang dilanda masalah.

IKLAN

Apapun MH Online harap semua ini dapat diatasi segera dengan cara yang baik.

SUMBER : My Metro