Ads

Epy Kusnandar Meninggal Dunia, Dunia Seni Indonesia Kehilangan Pelakon Serba Boleh

Dunia hiburan Indonesia berduka dengan pemergian pelakon veteran, Epy Kusnandar, yang menghembuskan nafas terakhir pada Rabu, 3 Disember 2025.

Allahyarham, yang cukup sinonim dengan watak Kang Mus dalam siri popular Preman Pensiun, meninggal dunia pada usia 61 tahun selepas mengalami pecah pembuluh darah di otak.

Menurut laporan, keadaan kesihatan Epy merosot secara mendadak sebelum beliau dikejarkan ke sebuah hospital di Cawang, Jakarta Timur. Usaha pihak perubatan bagaimanapun tidak berhasil menyelamatkan nyawanya.

Hampir empat dekad bergelumang dalam dunia seni, Allahyarham membina reputasi sebagai pelakon yang versatil, mampu menghidupkan watak dramatik, komedi dan antagonis dengan penuh penghayatan.

Ads

Selain teater yang menjadi akar pengkaryaan beliau, nama Epy terus meniti di bibir peminat menerusi pelbagai produksi filem popular.

Antara karya popular lakonannya seperti filem Preman Pensiun: The Movie, The Raid, Petualangan Sherina dan Selepas Tahlil.

Ads

Setiap watak yang dibawakan memperlihatkan keunikan gaya lakonan beliau yang bersahaja tetapi meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Malah, kemampuan Epy menjiwai karakter-karakter berlapis turut menjadikan beliau antara pelakon watak pembantu terbaik dalam industri filem Indonesia.

Ads

Sebelum ini, Allahyarham pernah berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk glaukoma dan sejarah tumor otak, namun beliau tetap meneruskan kerjaya dengan penuh dedikasi.

Pada saat kematiannya, terdapat enam lagi filem lakonannya masih belum disiarkan kepada umum.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.