Pelakon terkenal Britain yang juga aktivis hak wanita, Emma Watson, telah digantung lesen memandu selama enam bulan selepas didapati memandu melebihi had laju di Oxford, England.

Emma, 35, yang dikenali menerusi watak Hermione Granger dalam siri filem popular Harry Potter, didapati memandu kenderaan jenis Audi berwarna biru pada kelajuan 38 batu sejam di kawasan yang dihadkan kepada 30 batu sejam.  Kesalahan itu dilakukan pada malam 31 Julai tahun lalu.

Mahkamah Majistret High Wycombe menjatuhkan hukuman tersebut pada satu prosiding ringkas yang berlangsung semalam. Walau bagaimanapun beliau tidak hadir ke mahkamah.

Ekoran kesalah tersebut beliau telah dikenakan denda sebanyak £1,044 (kira-kira RM6,400), selain digantung lesen selama enam bulan sebagaimana dilaporkan.

Ads

Menariknya, mahkamah pada hari yang sama turut menjatuhkan hukuman terhadap bekas rakan pelakonnya dalam Harry Potter, Zoë Wanamaker, yang memegang watak Madam Hooch dalam filem pertama francais itu.

Zoë juga digantung lesen selepas memandu pada kelajuan 46 batu sejam di kawasan had 40 batu sejam di Berkshire pada Ogos tahun lalu. Kedua-dua pelakon terbabit dilaporkan telah mempunyai sembilan mata penalti pada lesen masing-masing sebelum insiden terkini berlaku.

Ads

Hakim Daerah, Arvind Sharma, menambah tiga lagi mata penalti ke atas mereka, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi had yang dibenarkan sebelum pelaksanaan penggantungan automatik selama enam bulan menurut undang-undang United Kingdom.

Emma Watson yang kini aktif dalam bidang akademik, pembikinan filem dan advokasi hak wanita selepas tamat siri Harry Potter, turut dikenali menerusi peranannya dalam filem Beauty and the Beast serta Little Women arahan Greta Gerwig.

Ads

Sedikit info tentang Emma, beliau merupakan graduan institusi betaraf Ivy League iaitu Universiti Brown, Amerika Syarikat dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris pada tahun 2014.

Selain itu beliau juga mengikuti program pertukaran akademik jangka pendek di Oxford semasa pengajiannya di Universiti Brown, sebagai sebahagian daripada program belajar di luar negara.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI