Uncategorized

Emma Maembong Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin Hanya Kerana Ingin Ikut Trend

Share

Pelakon dan usahawan, Emma Maembong mengakui dia tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin, hanya kerana rakan-rakan terdekatnya sudah pun mendirikan rumah tangga.

Kongsi heroin drama rantaian Awak Suka Saya Tak ini kepada MH, dia tidak mahu terlalu ‘rushing’.

“Saya tiada rushing dalam hidup. Benar, kebanyakan rakan saya sudah pun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, saya tidak mahulah terlalu rushing, hingga jadi macam trend. Bila kawan kita kawin, kita pun nak kawin juga.

 

“Bagi saya itu tidak berapa betul. Sebab bila terdesak untuk kahwin, dan kahwin dengan lelaki yang tak sesua dengan kita, tak ada guna juga,” jelas Emma yang akan berkongsi kepada semua andai tibanya hari bahagia buatnya dengan lelaki pilihan.

 

“Kalau betul-betul sudah sampai masa, adalah. Sudah tentu saya akan kongsikan dengan semua orang. Nak rahsia buat apa kan?’ kata Emma yang kini sibuk dengan penggambaran drama episod, Cik sempurna di samping Azrel Ismail.

Malah Emma turut membayangkan dia akan berlakon di dalam sebuah filem yang dijangka akan ditayangkan tahun hadapan. Bagaimanapun, perincian tersebut belum boleh dikongsi kerana masih di peringkat perbincangan.

Foto: Instagram Emma Maembong

 

IKLAN