Pasti ramai yang belum ‘move on’ dengan malam final Super Spontan Superstar 2017 yang telah berlangsung Jumaat lalu bukan.

Setelah berlaku pertarungan yang sengit, Kamal Adli telah dinobat sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 mengetepikan beberapa pelawak lain.

Malah, kini nama aktor itu sememangnya menjadi topik hangat. Ditambah lagi dengan isu kontroversi cintanya dengan Emma Maembong yang tersebar meluas.

Namun pada malam itu, Emma dilihat telah hadir ke Super Spontan Superstar 2017 bagi memberi sokongan kepada Kamal walaupun telah memberi kenyataan telah putus dengan aktor itu.

Emma juga berada di belakang pentas dan telah memuatnaik beberapa foto di Instagram miliknya termasuklah gambar bersama bekas kekasihnya, Zizan Razak.

IKLAN

Emma Maembong Cium Tangan Kamal Adli Jadi Bualan Netizen

Apa yang menarik, selepas Kamal dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017, Emma yang berada di belakang pentas dilihat begitu teruja.

IKLAN

Emma Maembong Cium Tangan Kamal Adli Jadi Bualan Netizen

Pada masa sama aktres itu telah bersalaman dan mencium tangan Kamal yang ketika baru sahaja diumumkan sebagai juara.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen melempar komen negatif mengenai perbuatan Emma yang tanpa segan silu bersalaman dengan seorang lelaki. Lebih- lebih lagi dia yang berhijab.

Turut berada di situ isteri kepada Johan iaitu Ozlynn. Ozlynn dilihat membuat muka seperti ingin muntah apabila melihat kemesraan Emma bersama Kamal.

Apapun Ozlynn hanya bergurau sahaja tu. Jom MH Online kongsikan video berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI