Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogramdi sebuah pusat perubatan pada 26 Jun lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fara menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Selasa.
“Saya sudah selamat bersalin pada 26 Jun 2025 jam 6.10 petang dengan berat 2.1 kilogram,” tulisnya.
Menerusi catatan yang sama, Fara turut berkongsi pengalaman penuh ujian dan detik cemas sebelum berjaya melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Elaine Nada.
“Dua hari sebelumnya, datang awal untuk check up. Tapi doktor nasihat masuk wad sebab air ketuban dah mula kurang dan baby kurang berat badan sebab masalah uri.
“Esoknya, jam 6 pagi masuk belon. Masuk belon tak sakit, lepas belon dah masuk tu sakitnyaaaa 100000/10 dan lepas 12 jam tahan sakit baru dapat painkiller.
“Jam 6 pagi keluarkan belon sebab jalan tak bukak juga. Cuma dua centimeter sahaja sepanjang 24 jam pakai belon. Doktor pecahkan air ketuban.
Ads
“Pukul 7 pagi masuk bilik bersalin. Doktor rancang drip induce. Jadi, dalam jam 10 am doc bius masuk, cucuk epidural (siapa cakap epidural cheatcode?). Sakit cucuk epidural,” kongsinya lagi.
Lalui Proses Bersalin Tanpa Suami, Fara Berdikari
Fara turut menjelaskan, dia akhirnya perlu menjalani pembedahan kecemasan selepas bayi didapati dalam keadaan bahaya.
“Jam 4 petang masih tiada buka jalan. Doc plan emergency czer sebab baby dah nak lemas. Nak czer, aku plak demam panas yelah dua hari dah tahan sakit.
Ads
“Akhirnya kena pembedahan juga. Jam 5.30 petang masuk bilik bedah.
“Alhamdulillah, keluarlah Elaine Nada dengan cara czer tapi kedua-dua kami tak dapat sama sebab baby terus masuk wad sebab air ketumban dah berkuman (demam).
“Aku masuk antibiotics lepas tu warded lebih kurang lima hari lepas tu. Sama jugak dengan baby,” luahnya.
Dalam pada itu, Fara turut meluahkan rasa syukur meskipun terpaksa melalui keseluruhan proses bersalin dan berpantang tanpa kehadiran suami di sisi.
Ads
“Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya. Aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang.
“Melahirkan anak sorang sorang tanpa ada bayang seorang lelaki. Hebatnya Fara Salleh. Doakan semoga Elaine Nada membesar dengan sihat,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk Sahar pada November 2023.
Namun begitu, Shuk didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Sehingga kini, proses perbicaraan berhubung perceraian tersebut masih lagi berjalan di mahkamah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa berkongsi antara cara dan tip yang diamalkannya untuk terus kekal istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menerusi perkongsian sedutan video di TikTok yang tular, ibu kepada dua cahaya mata itu menyatakan, dia amat terinspirasi dengan kenalan yang mampu mengkhatamkan Al-Quran secara konsisten.
“Pertama, saya sentiasa terinspirasi dengan orang yang selalu boleh khatam Al-Quran. Antaranya kenalan yang asyik khatam, saya memang rasa terinspirasi sangat,” katanya.
Menurut figura yang kini berusia 36 tahun itu lagi, dia turut memaksa dirinya untuk sentiasa melihat kandungan media sosial yang membawa mesej kerohanian dan mendekatkan diri kepada agama.
“Kedua, bila tengok reels di media sosial, kita bukan sahaja tengok carian yang ada kandungan lawak tapi yang menyentuh hati ni. Sebab itu memang tidak akan scroll reels kalau ia ada kaintan dengan kandungan Islamik.
“Walaupun kita tak nak dengar, tapi paksa juga. Kan 30 saat saja. Kalau video lain boleh pula kau tadah muka 20 minit,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, suaminya yang juga penceramah bebas, PU Riz atau Haris Ismail turut menzahirkan rasa kagum dengan semangat isteri yang tetap usaha untuk konsisten berpakaian menutup aurat walaupun dalam keadaan cuaca yang panas dan berdepan dugaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian apabila memuji penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Neelofa baru-baru ini dilihat berkongsi semula foto yang dimuat naik Ameera, lengkap dengan kapsyen berbentuk doa dan kasih sayang.
“Masya-Allah comel sangat. Moga Baby (panggilan untuk Ameera) sentiasa disantunimu dengan Rahmat kasih sayang-Nya,” titipnya.
Difahamkan, foto tersebut dirakam sempena majlis doa selamat bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Datin Noor Kartini.
Dalam masa sama, sesi itu juga turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan sementara buat dua adik mereka yang akan memulakan fasa baharu dalam hidup.
Mohamed Faliq bakal melanjutkan pelajaran ke Australia sementara Athisha pula akan menetap di Dubai tidak lama lagi.
Apa pun, majlis penuh sederhana namun bermakna ini jelas mencerminkan eratnya hubungan dalam keluarga selebriti tersebut, diiringi dengan doa dan kasih sayang yang sentiasa mengiringi setiap langkah mereka. Insya-Allah…
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengumumkan hubungan mereka telah berakhir, kemunculan semula pasangan pelakon Niezam Zaidi dan Fify Azmy mencuri tumpuan ramai apabila mereka dilihat bermain pickleball bersama dalam sebuah acara, baru-baru ini.
Ketika ditemui, Niezam memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menegaskan kehadiran mereka hanyalah sebagai memenuhi undangan daripada sebuah jenama tempatan.
“Saya tidak akan lagi memberikan kenyataan lanjut berkaitan isu ini. Apa yang dilihat itu hanyalah hubungan biasa sesama manusia.
“Tidak salah rasanya untuk kami sama-sama bermain pickleball dan beriadah.
“Akitiviti tersebut juga adalah di atas jemputan program tertutup yang dianjurkan oleh pengasas sebuah jenama tempatan.
“Fify juga sangat aktif dan handal bermain pickleball. Jadi, saya ajaklah dia turut serta sekali,” katanya.
Apabila ditanya sama ada hubungan mereka kini kembali terjalin semula, Niezam ada jawapannya sendiri.
“Saya tiada komen untuk hal itu. Doakan sahaja dan insha-Allah kami akan kekal baik,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai pandangan peribadinya terhadap jodoh dan cinta, Niezam akui dia kini lebih berhati-hati dan enggan terlalu terbuka setelah melalui beberapa pengalaman pahit.
“Mungkin penyakit ain juga merupakan salah satu puncanya. Sesiapa yang pernah mengikuti kehidupan peribadi saya terutamanya dalam soal cinta, saya sudah terlalu banyak bersuara.
“Bila ia tidak terjadi seperti yang dirancang, sakitnya makan dalam. Kini, saya serahkan segalanya kepada yang di atas,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, pelakon ini juga tidak ambil pusing jika ada pihak yang bersikap negatif terhadap kehidupannya kini.
“Saya pun tak bercakap lebih. Jika ada orang yang dengki, saya tak boleh nak buat apa.
“Saya hanya doakan semoga mereka baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.
Untuk rekod, Niezam dan Fify sebelum ini tidak menafikan hubungan istimewa yang mereka jalinkan selama setahun telah berakhir, namun kedua-duanya reda dan percaya jodoh antara mereka tidak panjang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...