Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
Menurut Anna, dia juga tidak mahu persengketaan ini berpanjangan terlalu lama kerana walau apapun yang berlaku, ibunya itu tetap insan paling penting di dalam hidupnya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga saya. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya.
“Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya,” katanya.
Anna berkata sedemikian ketika ditemui sebaik diumumkan menerima trofi bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Doa & Sokongan Ibu Jadi Kekuatan
Jelas Anna lagi, dia turut menyifatkan isu salah faham ini merupakan lumrah dalam kehidupan berkeluarga dan bersyukur ibunya hadir menyokongnya malam ini.

“Dia hadir menyokong saya malam ini. Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon filem Lembayung ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mendoakan hubungannya bersama ibu semakin jernih.

Sebelum ini, nama Anna menjadi perhatian apabila dia dikatakan bergaduh besar dengan ibunya sehingga melibatkan pihak polis dan perintah mahkamah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.















“Saya faham ada banyak persoalan yang keluar. Kenapa lokasi di situ, kenapa sistem reservation, kenapa invest sebanyak ni, macam mana nak cuci cermin kaca, kenapa pakai pokok plastik, akan pakai ayam organic ke nanti, kenapa ceiling tinggi, kenapa ambil risiko besar dan sebagainya.










