
Tahun 2025 boleh disifatkan sebagai tahun yang penuh warna warni buat industri hiburan tanah air.
Sebagai syarikat penyiaran terkemuka negara, Astro teruskomited untuk memberikan peluang bukan sahaja kepada bakat-bakat baharu tetapi turut mencipta platform yang mendekatkan peminat dengan artis-artis ternama tanah air.
Sebagai tanda penghargaan dan penutup tahun yang gemilang, Astro dengan bangganya bakal mengadakan Konsert Countdown KITA 2026 yang akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 31 Disember ini.
Gabungan artis legenda, figura versatil dan bintang generasi baharu bakal ‘menggoncang’ pentas dalam satu acara yang disifatkan sebagai antara paling dinanti-nantikan.
Berikut adalah antara ‘fun fact’ berkaitan artis-artis yang bakal membuat penampilan istimewa di Konsert Countdown Kita 2026;
Siapa sahaja yang tak kenal Ratu Rock Negara, Ella yang kekalrelevan merentas zaman? Dengan deretan lagu malar segar, aura Ella dijangka menjadi pencetus emosi dan nostalgia buat ribuan penonton yang mahu menutup 2025 dengan penuh ‘jiwa’.
Ella dijangka bakal mengulangi kejayaan konsert condown tahun lalu yang berjaya menarik lebih daripada 30,000 penontondi lokasi serta mencatat lebih 18 juta tontonan di platform media sosial.
Turut menghangatkan suasana ialah kumpulan legenda Alleycats yang terkenal dengan lagu-lagu evergreen dan persembahan penuh kelas.
Kehadiran mereka bukan saja membawa memori manis, malah membuktikan muzik berkualiti tidak pernah lapuk ditelan masa.
Selepas muncul menerusi debut pertama di program Big Stage Alpha, kumpulan pop baharu, Alpha terus mencipta fenomena selepas kejayaan lagu Mona Lisa (Bang Bang) dan P. Ramlee & Saloma.
Meskipun baharu sahaja ditubuhkan namun, impak luar biasayang dicetuskan Alpha nyata telah mengembalikan era kegemilangan ‘boy band’ di negara ini.
Malah, Alpha yang baru sahaja pulang daripada menjalani latihan intensif di Korea Selamatan dijangka bakal tampildengan aura dan persembahan lebih bertenaga.
Sepanjang tahun 2025, Astro terus komited untuk melahirkan bakat-bakat baharu menerusi program-program realiti seperti Raise The Star Malaysia (RTSM) dan Talk To My Manager (TTMM).
Juara RSTM, Didie Shazry turut diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama nama-nama besar di Konsert Countdown Kita 2026 nanti.
Ketika ditemui Media Hiburan (MH) baru-baru ini, Didie memaklumkan 2026 bakal menjadi tahun yang agak sibuk selepas namanya turut dipilih untuk mengadakan konsert jelajah di Indonesia bersama artis-artis ternama seperti Nadhif Basalamah, Fajar Noor, Adrian Khalif dan Kunto Aji.
Sementara itu, bintang TTMM yang juga anak kepada pengacara popular, Sharifah Shahirah iaitu Auddra bakal membuat kemunculan istimewa di konsert beskala mega itu selepas berjaya menampilkan persembahan penuh bertenaga di acara Hello Putrajaya, baru-baru ini.
Konsert Countdown KITA 2026 bukan sekadar meraikan detikperalihan tahun, malah menjadi simbol perpaduan muzik pelbagai kaum apabila artis India dan Cina Malaysia turut digabungkan dalam satu pentas besar.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Darkkey, ikon muzik Tamil tempatan yang terkenal dengan genre Sambarock.
Dengan persembahan bertenaga dan identiti muzik tersendiri, Darkkey dijangka ‘menggegar’ pentas sekali gus membuktikan muzik Tamil Malaysia mampu berdiri sebaris dengan arusperdana.
Turut menyerlah ialah Ruhan, penyanyi yang semakin mendapat tempat di hati peminat menerusi vokal mantap dan persembahan penuh emosi, selain kehadiran Geraldine Gan, artis Cina Malaysia yang dikenali dengan suara lunak serta lagu-lagu Mandarin menyentuh perasaan.
Selain artis-artis yang MH nyatakan diatas, antara bintang-bintang ternama lain yang akan menggegarkan Konsert Countdown KITA 2026 adalah seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Amir Masdi, Mimi Fly dan ramai lagi.
Konsert Countdown Kita 2026 dihoskan oleh gabungan tiga personaliti terkemuka negara iaitu Nabil Ahmad, Revathy Mariappan dan Yoon Ng.
Sementara itu, pengacara, Haziq Hussni bakal mengendalikan acara Tirai Konsert KITA 2026 yang akan bermula pada jam 4 petang.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.