Uncategorized

Elfira Loy Tak Faham Kenapa Fathia Latiff Perlu Kaitkan Lagu Dimatamu Dengan Dirinya?

Share

Korang dah dengar lagu Dimatamu versi Fathia Latiff? Pergh memang MH tak nafikan layan betul kalau dengar bait-bait lirik yang dinyanyiakan Fathia.

Buktinya, kini lagu tersebut telah menduduki carta top 3 trending di Youtube walaupun ia baru sahaja dimuat naik.

Mungkin ada yang tidak perasan sebenarnya lagu tersebut merupakan lagu menjawab kepada nyanyian asal Dimatamu versi Sufian Suhaimi.

Namun, dalam ramai yang memuji sebenarnya ada individu yang kurang senang dengan nyanyian Fathia itu.

Tetapi bukanlah kerana nyanyiannya atau apa, sebaliknya kerana tidak faham mengapa namanya dikaitkan dengan lagu ini.

Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan, Elfira Loy yang merupakan bekas kekasih serta tunang kepada penyanyi asal lagu tersebut.

Di Twitter, Fathia telah cc dan tag nama Elfira dalam posting video klip tersebut dan menyebabkan pelakon ini mempersoalkan mengapa namanya dikaitkan dengan lagu tersebut.

Bagaimanapun ramai yang memberi respon seakan tidak setuju dan senang dengan perkongsian Fathia.

 

IKLAN