Categories: Uncategorized

Elfira Loy Dikatakan Kembar Andrea Brillantes

Share

Kalau sebelum ini, ada seorang gadis bernama Syaza yang menjadi viral gara-gara memiliki wajah mirip dengan pelakon Fazura.  Kali ini pelakon Elfira Loy pula dikatakan mempunyai kembarnya di Filipina. 

Ada peminat yang meletakkan gambar Elfira bersebelahan dengan gambar pelakon Filipina, Andrea Brillantes lalu dikatakan mereka memiliki wajah seiras.

Siapa pengikut drama Filipina paling popular Pangako Sa’yo pada tahun 2015 semestinya kenal dengan pelakon bernama Andrea Brillantes, 14, yang memegang watak sebagai Lia Buenavista.

Mungkin disebabkan mereka memiliki kening tebal, wajah mereka nampak seakan seiras.

Menurut ahli biologi, dalam dunia ini terdapat tujuh orang yang mempunyai wajah hampir sama.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruang foto tersebut bersetuju kerana kedua-duanya memiliki kening yang tebal dan cantik.

IKLAN