Rasanya umum mengetahui bahawa Azwan Ali ataupun Diva AA bakal bertanding melawan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaupun segalanya akan terjawab esok, MH terhibur dengan perkongsian pelakon, Sharnaaz Ahmad mengenai penyertaan Azwan di dalam arena politik tanah air.

Dia memuat naik video Azwan sedang berkempen di laman Instagram miliknya.

“Aku teringin tengok Abang Wan masuk Parlimen. Tolonglah bagi dia menang. Sumpah ni lawak tersedak asap bas aku dengan “election lah bodo”. Hahaha,” tulisnya.

IKLAN

Melalui pemerhatian MH, sejak Azwan mengumumkan bahawa dia akan turut bertanding, terdapat beberapa komen netizen yang ingin melihat dia beraksi di Dewan Rakyat.

Melihatkan kepetahan Azwan berkata-kata, rata-rata netizen menjangka bahawa akan banyak aksinya yang mungkin menggeletek hati mereka yang menonton.

‘Election Lah Bodoh’ – Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Lucu Diva AA menjelang PRU14

IKLAN

‘Election Lah Bodoh’ – Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Lucu Diva AA menjelang PRU14

‘Election Lah Bodoh’ – Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Lucu Diva AA menjelang PRU14

IKLAN

Terdahulu, Azwan berkata, beliau berhasrat untuk bertanding di Dun Bukit Antarabangsa bagi menentang penyandang yang juga merupakan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pelakon itu juga menyatakan hasratnya untuk menghadiahkan rendang ayam dan daging kepada penduduk kawasan Bukit Antarabangsa sekiranya memenangi PRU14 esok.

Azwan menggunakan logo gajah dan bertanding sebagai calon bebas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI