Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu keempat malam tadi menyaksikan Datuk Elaine Kang & SHY8 diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Menerusi persembahan duet bersama pasangan artis jemputan, masing-masing akur dengan keputusan berkenaan selepas menyampaikan lagu Yesterday Once More dan Siapa Dia Sebelum Daku.

 

Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%! Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%!

Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%!

Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%!

Kedua-duanya akur dengan keputusan tersebut selepas berada di kedudukan paling rendah iaitu SHY8 dengan 52.00% dan Datuk Elaine Kang 46.75%.

Bagaimanapun, saingan minggu ini menyerlahkan kehebatan Iskandar Ismail yang berjaya berada di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 84.25 peratus.

Persembahan mantapnya bersama Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dinilai sebagai satu persembahan hebat oleh juri tetap, Datuk Ramli MS.

Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%! Elaine Kang & SHY8 ‘Say Goodbye’, Penyingkiran Mengejut Dua Bintang GV12, Iskandar Pecah Rekod Dengan 84.25%!

Ads

Berikut ialah senarai markah lengkap semua peserta GV12 minggu keempat:

Iskandar ft Liza Aziz: I Want To Spend My Lifetime Loving You (84.25%)

Nubhan ft Mawi: Kian (78.25%)

Krisya ft Azmi Saat: Fantasia Bulan Madu (69.00%)

Mendua ft Kaer Azami: Izinku Pergi (68.25%)

Mark Adam ft Mimifly: Jangan Kau Mimpi (66.25%)

Ads

Shae ft Tomok: Cari Jodoh (65.75%)

Mel Sakura ft Naqiu: Dua Insan Bercinta (65.50%)

Ruri Repvblik ft Didi Hijau Daun: Suara Ku Berharap (64.25%)

Freshies ft Ina Freshies & Mamat Exists: Rahsia Pohon Cemara (63.25%)

Rahmat Ekamatra ft Ayai Ilusi: Tiara (61.50%)

Korie ft Saiful Apek: Hanya Nyanyian Dalam Sepi (57.00%)

Ads

SHY8 ft Farahdiya: Siapa Dia Sebelum Daku (52.00%)

Datuk Elaine Kang ft Dia Fadila: Yesterday Once More (46.75%)

Format Persembahan GV12

13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura bangga diwakili oleh Iskandar Ismail.

Menambah warna tersendiri, SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.

Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS, manakala Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad mengendalikan acara sebagai pengacara utama.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 untuk tempoh 12 minggu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Berakhirlah sudah perjalanan Shy8 dan Datuk Elaine Kang di Gegar Vaganza Musim ke-12 (GV12). Setiap minggu mereka sudah pun beri yang terbaik💪🏻. Telatah mereka pasti akan dirindui 💕. #GV2025 #GegarVaganza12 #Vaganzers #AstroOne #sooka ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads