Maze Runner kembali lagi! Ya jangan tak tahu kali ini mereka datang dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan aksi yang cukup mengujakan!

Jika sewaktu The Maze Runner Thomas bersama rakan-rakannya Minho, Newt (selaku ketua maze runner), Gally dan kehadiran orang baru Teresa mencuba nasib untuk melepasi laluan maze, di  Maze Runner : The Scorch Trials pula mereka berjaya melepasi dan bertemu dengan puak lain serta berdepan sendiri dengan organisasi WCKD yang mempunyai dalangnya tersendiri dalam setiap ujian yang dihadapi oleh Thomas dan rakan-rakannya.

Di Maze Runner The Death Cure kini segala motif WCKD lebih jelas apabila Pengarah Eksekutif WCKD, Ava Paige hampir menemui penawar kepada penyakit yang dikenali sebagai The Flare, penyakit yang mampu menghancurkan populasi manusia di dunia.

Namun demi menyelamatkan semua individu yang menjadi mangsa uji kaji, termasuklah rakannya sendiri Minho, Thomas bersama rakan-rakannya yang selamat harus berjuang habis-habisan menentang WKCD dan melumpuhkan organisasi tersebut. Tetapi persoalannya adakah mereka akan berjaya dan adakah penawar itu dapat dijumpai?

[Eksklusif]  Menangi Tiket & Barangan Istimewa Maze Runner : The Death Cure Secara PERCUMA!

IKLAN

Adakah korang semua sudah bersedia berhadapan dengan misi terkini Thomas dan rakan-rakan Gladernya untuk mencari penamat setiap ‘maze’ yang dihadapinya?

Jika YA, apa lagi jom Jawab beberapa soalan di bawah bermula 19-20 Januari 2018 dan rebut tiket tayangan bersama barangan ekslusif dari Maze Runer secara PERCUMA berdasarkan sinopsis di bawah!

Syarat-syarat penyertaan:

IKLAN
  1. Wajib menjawab kesemua soalan yang dinyatakan dan lengkapkan butiran diri sebaik sahaja menjawab soalan.
  2. Pertandingan ini hanya sah bermula 19-20 Januari 2018.
  3. Pemenang hadiah akan dipilih oleh panel Media Hiburan (penganjur) dan para pemenang akan dihubungi selepas tempoh peraduan tamat.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang atau bentuk hadiah yang lain.

 

Tarikh tutup: 20 Januari 2018 (11.59pm)

[ninja_form id=11]

IKLAN

 

Hadiah yang menanti:

  • Sepasang tiket tayangan ekslusif Maze Runner : The Death Cure  x 9 pemenang
  • Survival Rope Wristband x 3 pemenang
  • Vial Style Water Bottle x 3 pemenang
  • Maze Phone Case x 2 pemenang
  • T-shirt Maze Runner x 3 pemenang

Hadiah Utama:

  • Bluetooth Earphone esklusif dari Maze Runner + Sepasang tiket tayangan ekslusif  Maze Runner : The Death Cure

Maze Runner akan ditayangkan di pawagam bermula 25 Januari 2018. Untuk maklumat lanjut tentang tayangan filem ini boleh layari Facebook Fox Movies Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI