Ads

Eina Azman Mohon Maaf, Leraikan Kekeliruan – “Tak Timbul Istilah Potong Giliran Vaksin, Saya Ada Masalah Kesihatan Yang Tak Dapat Dikongsi Pada Umum.”

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan dia memotong giliran pengambilan vaksin yang turut membawa kepada isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, dalam satu kenyataan memohon maaf sekiranya perkongsiannya di media sosial menyinggung sensitiviti dan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

Ads

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Tidak timbul istilah memotong giliran mengambil vaksin seperti dakwaan segelintir pihak. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

“Justeru itu, saya mengambil pendekatan untuk memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi bertambah rumit.

Ads

“Saya juga berharap mana-mana pihak tidak menambahkan lagi salah faham berhubung isu ini.

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham. Assalamualaikum!,” katanya.

Ads

Eina Azman Mohon Maaf, Leraikan Kekeliruan – “Tak Timbul Istilah Potong Giliran Vaksin, Saya Ada Masalah Kesihatan Yang Tak Dapat Dikongsi Pada Umum.” Eina Azman Mohon Maaf, Leraikan Kekeliruan – “Tak Timbul Istilah Potong Giliran Vaksin, Saya Ada Masalah Kesihatan Yang Tak Dapat Dikongsi Pada Umum.”

Terdahulu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.

Pasangan tersebut menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.