Uncategorized

‘Eii Hashtag Tu!!’-Comelnya Janna Nick Dengan Anak Sheila Rusly

Share

Semalam merupakan hari lahir pelakon popular, Janna Nick!

MH perasan bahawa ramai rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Namun begitu, salah satu ‘wish’ yang menarik perhatian MH adalah daripada anak kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusly, Uzair Haqimy.

“Happy birthday gemuk! Have a great year ahead, the fam and me love you. #Bapaktuasia,”tulisnya.

Wow! Bersemut betul ya ucapan daripada Uzair itu, macam ada maksud tersurat dan tersirat pula.

MH difahamkan bahawa Janna sememangnya rapat dengan ahli keluarga Sheila malah dia juga mempunyai bilik sendiri di kediaman keluarga itu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ramai yang memuji momen ‘bersemut’ mereka itu.

Apa-apapun, MH nak ucapkan ‘happy belated birthday’ kepada Janna. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Oh ya, buat korang yang nak berjumpa dengan Janna Nick boleh lah datang ke Karnival Karangkraf 2018 #betulbetulraya pada 3/6/2018 (AHAD) Jam 3.00 petang di booth Ideaktiv!

Sumber:IG Uzair

IKLAN