Uncategorized

Eh, ‘Usik-Mengusik’ Pula Mira Filzah Dan Zizan Razak Ni, Ada Apa-Apa Ke?

Share

Hubungan antara selebriti Mira Filzah dan Zizan Razak sering menjadi tanda tanya. Bila ditanya, masing-masing lebih senang mengatakan ‘hanya kawan’.

Bagaimanapun,baru-baru ini Mira dan Zizan mendapat perhatian apabilaa ada adegan ‘usik-mengusik’ mereka di Insta story.

“Don’t miss me okay, love’ tulis mira

“Sure, I miss you sweetheart,” balas zizan pula.

Apa yang menarik perhatian apabila kedua-dua mereka meletakkan ‘Friday’ di insta story membuatkan ramai percaya bahawa kapsyen tersebut ditujukan khas buat ‘orang tersayang’ tersebut.

MH difahamkan bahawa Mira memuat naik Insta story tersebut ketika berada di dalam pesawat ke Australia untuk menjalani penggambaran Hati Perempuan, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mira kemudiannya menjelaskan bahawa kapsyen tersebut tidak ditujukan buat sesiapa.

“Saya rasa ramai yang dah tahu mengenai IG (Instagram) Stories itu dan bagi saya status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan secara spesifik.

“Buat masa ini saya mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerja sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Mira juga menegaskan bahawa dia berkawan baik dengan Zizan dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelakon itu.

“Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi saya tidak mahu cerita sama keluar berulang kali dan sebab itu saya lebih suka bercakap mengenai kerjaya sahaja,” katanya lagi.

Tak kisahlah apa pun hubungan mereka, kalau ada jodoh antara mereka, adalah kan? Apa-apapun, sebagai peminat kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

sumber: Sinar Harian

IKLAN