Uncategorized

Eh, Betul Ke Zul Ariffin Kembali Bersama Bekas Kekasih?

Share

Pasti ramai yang mengetahui kontroversi yang melanda dua pasangan selebriti Kamal Adli dan Emma Maembong yang dikatakan begitu rumit.

Malah lebih mengeruhkan keadaan apabila sengketa ini membabitkan pula kekasih Zul Ariffin, Zahirah Macwilson hingga menyebabkan hubungan di antara Zul dan Zahirah semakin dingin.

BACA JUGA > Zahirah Macwilson Luah Rasa Kecewa Di Instagram

Tiada angin dan ribut tiba-tiba, timbul pula dakwaan yang mengatakan pelakon Titian Cinta ini telah kembali kepada bekas kekasihnya, iaitu penerbit filem J Revolusi, Gayatri Su-Lin Pillai.

Dakwaan itu mula disebarkan apabila aktor itu terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping sementara Gayatri ialah penerbit filem berkenaan.

Mereka berdua turut kelihatan beberapa kali menghabiskan masa bersama, betul ke?

Menurut pengakuan seorang peminat melalui portal mStar Online memberitahu ada melihat Zul dan Gayatri menghabiskan masa bersama di kampung halaman Zul iaitu di Taiping, Perak beberapa hari lepas.

“Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri,” ujarnya

Menurut peminat itu, dia juga melihat Zul dan Gayatri disebuah hotel dan keluar bersama-sama menaiki kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam yang dipandu oleh Zul.

Pada tahun 2012, Zul dan Gayatri telah menjalinkan hubungan cinta, namun hubungan mereka terputus tengah jalan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini MH Online masih tidak menerima apa-apa bukti yang kukuh tentang dakwaan ini. Bagi kami besar kemungkinan mereka hanya berkawan atau ada urusan kerja untuk diselesaikan bersama.

Sumber : mStar Online

IKLAN