Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.
Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata, buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.
“Sebenarnya saya tak berani cakap tutup hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan.
“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.
“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.
“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam.Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya kepada Media Hiburan.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan.
Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.
Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan berccerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tabung Bantuan Yasin Sulaiman yang dilancarkan keluarga penyanyi itu mendapat sambutan baik dan positif daripada orang ramai sejak ia mula dilancarkan pada 27 April lalu.
Menurut abang kepada penyanyi tersebut, Dr Zain Sulaiman, 50, dia masih belum boleh mendedahkan jumlah kutipan sumbangan berikutan ia masih belum dikira dan diaudit setakat ini.
Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah sokongan setakat ini sangat positif. Malah apa yang membuat kami sangat terharu adalah ada sampai yang menyumbang RM1 atau RM2. Walaupun hanya seringgit, dua ringgit, nilainya amat besar bagi kami.
“Ia menunjukkan sokongan yang amat berharga bagi kami. Yasin dan keluarga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang. Semoga Allah memberi berkat dan ganjaran yang berlipat ganda.
“Tabung masa ini masih di peringkat awal dan semakan terhadap jumlah terkumpul akan dibuat tidak lama lagi.
“Apabila semakan dibuat dan satu penyata akaun yang rasmi sudah disediakan kami akan maklumkan. Ini kerana kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap sen yang disumbangkan. Oleh itu ia perlu dilaporkan dengan teliti dan tepat,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Sementara itu ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan pihak keluarga, Zain berkata ia bergantung kepada perkembangan kes adiknya dari masa ke semasa.
“Berkenaan dengan sasaran kutipan, kami masih belum pasti, kerana ia bergantung kepada bagaimana kes ini akan bergerak ke hadapan dan sejauh mana proses perundangan ini akan berlanjutan.
“Mungkin pada sebutan kes pada 18 Mei ini kami akan dapat sedikit gambaran bagaimana kes ini akan proceed. Namun, kami dinasihatkan oleh peguam-peguan Yasin untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi satu proses yang mungkin memakan masa yang panjang,” katanya lagi.
Berbicara mengenai perkembangan terkini Yasin, Zain menjelaskan adiknya dalam keadaan baik dan keluarga sentiasa meluangkan masa melawatnya pada setiap minggu di Penjara Sungai Buloh.
“Setakat ini Yasin berada dalam keadaan baik. Dia mengambil ubat-ubatannya secara konsisten. Keluarga melawatnya setiap minggu di Sungai Buloh.
“Semangatnya nampak positif Alhamdulillah. Rabu depan, 18 Mei ini insyaAllah keluarga, teman-teman dan sahabat-sahabat Yasin akan ke mahkamah untuk sebutan kesnya.
“Semoga dipermudahkan Allah perjalanan kes ini dan semoga ada sinar harapan tidak lama lagi,” katanya.
Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini mengakui pengalaman berpisah dengan anak menjadi satu momen sukar yang perlu dilakukannya demi masa depan permata hati.
Pada April lalu, anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin, 13, memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan.
“Selama ini kami memang tak pernah berenggang langsung, kalau keluar pun saya dengan anak-anak sahaja.
“Sekarang ni, setiap malam saya akan tunggu Rayyan telefon… (rasanya) macam tunggu boyfriend telefon, dengar deringan pertama je terus cepat-cepat angkat.
“Adik dia pun ada kata sunyi dekat rumah… bila kami sembahyang sama-sama, waktu bagi salam tu selalu dua orang anak salam saya, tapi sekarang ini tinggal seorang ni je la.
“Lepas tu, kami berdua mulalah berpelukan sambil menangis sebab rindu abang Rayyan dia,” kata Rita kepada MH.
Walaupun sedih terpaksa berjauhan dengan anak, namun Rita tidak akan sesekali menghalang sekiranya anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna, 11, turut mendapat peluang belajar di sekolah asrama kelak.
“Saya memang cepat tersentuh hati kalau pasal anak-anak… Saya juga pernah tersasul panggil nama Rayyan kat rumah.
“Bila Arjuna tengok saya menangis bila rindukan abang dia, dia kata dia tak nak la masuk asrama… tapi saya suruh dia pergi juga.
“Saya cakap dengan dia ‘tidak mengapa, mummy boleh duduk seorang’,” katanya.
Untuk rekod, Rita, 46, mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.