Categories: Uncategorized

“Eh, Ada Orang Cover Lagu Kita Lah,” – Ini Respon Zizan Razak Bila Mira Filzah Nyanyi Lagunya

Share

Zizan Razak kini tampil dengan single terbaru iaitu Kau Takkan Tahu baru-baru ini.

Apa yang menariknya, bintang asal Terengganu itu ada memuat naik entri penghargaan kepada Mira Filzah yang menyanyikan lagunya di laman Instagram, semalam.

Lebih mencuit hati apabila Zizan sempat juga meminta agar Mira turut sama muncul dalam video klip lagu tersebut.

“Eh ade orang cover lagu kita lah. Hehehe. Terima kasih @mfmirafilzah kerana menjadi peminat setia saya.

 

“Jadi dah alang alang cik Mira nyanyi lagu saya ni. Jadi saya ingin bertanya teruslah. Boleh ke cik Mira terlibat dalam Music Video KAU TAKKAN TAHU?

 

“Sila jawab dengan ikhlas dan jujur ye cik Mira,” tulisnya.

Kedua-duanya sering kali digosipkan bercinta namun mereka senang mengatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat mendoakan agar mereka ‘cepat-cepat berkahwin’.

Apa-apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka, bak kata orang…kalau ada jodoh tak ke mana kan?

Foto/IG Story: Zizan Razak

IKLAN