Uncategorized

Ed Sheeran Kemalangan, Bakal Batal Konsert Jelajah

Share

Malangnya buat peminat Ed Sheeran kerana dikatakan penyanyi itu bakal membatalkan jelajahnya di Malaysia.

Dikatakan juga penyanyi dan penggubah lagu kelahiran Britain itu telah mengalami kemalangan ketika berbasikal di London.

Menerusi entri di Instagram miliknya, dia ada menunjukkan imej tangannya dibalut dan memakai selempan malah penyanyi itu sendiri memaklumkan 15.7 juta pengikutnya di Instagram dengan kapsyen,

“Saya mengalami kemalangan kecil dan kini menunggu nasihat perubatan yang mungkin menjejaskan beberapa persembahan akan datang,” ujarnya. 

Ruangan komen di Instagram Sheeran juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu bimbang.

Perkongsian pelantun lagu Shape Of You itu telah menerima lebih daripada 1.3 Juta likes.

Selain Malaysia, Sheeren dijadual membuat persembahan di Taipei dan Ahad ini pada permulaan konsert jelajah Asia besar-besaran di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand dan India.

Beliau juga dijadual membuat persembahan di Emiriah Arab Bersatu.

Sheeran antara artis paling laris di dunia dan album terbarunya, ‘Divide’ memecahkan rekod Spotify, menarik 57 juta pendengar pada hari pertama disiarkan, hampir dua kali ganda berbanding jumlah tertinggi sebelum ini.

Selepas beberapa tahun membuat persembahan di jalanan dan bar, Sheeran mencatat kejayaan antarabangsa dengan lagu balada, ‘Thinking Out Loud’ pada 2014.

Sumber : Daily Mail

IKLAN