Ads

“Dulu Warna Natural Tapi Agak Berat & Susah Dipakai,”- Kostum Duyung Dikritik, Maya Karin Tegaskan Produksi Kini Utamakan Keselesaan

Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.

Menurut Maya, bagi filem sekuel ini, pihak produksi telah berusaha menyediakan kostum yang lebih selesa untuk para pelakon, selain menitikberatkan pemilihan warna yang lebih sesuai dengan tema hidupan laut.

“Dulu Warna Natural Tapi Agak Berat & Susah Dipakai,”- Kostum Duyung Dikritik, Maya Karin Tegaskan Produksi Kini Utamakan Keselesaan

“Ketika filem Duyung yang pertama, warna kostum saya lebih natural tapi agak berat dan susah untuk dipakai.

“Kali ini, pihak produksi mencuba sedaya upaya untuk membuat kostum yang memudahkan bukan sahaja pelakon tapi semua orang.

“Dalam filem ini, kita ada tiga duyung yang perlu disiapkan. Kali ini, pengarah mahu lebih menceriakan dan menaikkan warna-warna laut agar lebih seimbang dengan hidupan seperti ikan-ikan dan batu karang,” katanya kepada MH.

Jalan Cerita Lebih Segar, Produksi Lebih Matang

Mengulas lanjut, Maya menjelaskan filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada bulan ini tampil dengan jalan cerita yang lebih segar, selain mengetengahkan lebih banyak konflik berbanding karya terdahulu.

“Dulu Warna Natural Tapi Agak Berat & Susah Dipakai,”- Kostum Duyung Dikritik, Maya Karin Tegaskan Produksi Kini Utamakan Keselesaan

Ads

“Untuk penonton yang menanti-nantikan filem ini, keistimewaan Duyung kali ini adalah mereka punyai keistimewaan iaitu kuasa bertukar dan berjalan di atas bumi nyata.

“Semoga apa yang akan ditayangkan nanti memberi kepuasan kepada setiap penonton,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Maya juga memuji tahap persediaan pihak produksi yang disifatkan lebih matang berbanding ketika penggambaran filem Duyung pertama kira-kira 17 tahun lalu.

“Dulu Warna Natural Tapi Agak Berat & Susah Dipakai,”- Kostum Duyung Dikritik, Maya Karin Tegaskan Produksi Kini Utamakan Keselesaan

Ads

“Ketika menghasilkan filem Duyung yang pertama, kita semua berada ditahap ‘explore’ dan bereksperimentasi kerana kita tak pernah menghasilkan filem seperti itu dalam sejarah Malaysia.

“Untuk filem kedua ini pula, pihak produksi sudah ada pengalaman dan lebih peka untuk menjaga faktor keselamatan. Mereka juga sudah tahu bagaimana untuk menjayakan sesebuah babak itu.

“Namun, kita juga tetap berdepan dengan cabaran dari segi cuaca di Langkawi dan Sabah,” kongsinya.

Maya turut memuji kemampuan pelakon, Anna Jobling dalam membawakan watak sebagai anak duyung.

Ads

“Dulu Warna Natural Tapi Agak Berat & Susah Dipakai,”- Kostum Duyung Dikritik, Maya Karin Tegaskan Produksi Kini Utamakan Keselesaan

“Awal-awal dia agak was-was sikit. Namun, saya ingatkan Anna bahawa dia merupakan bekas atlet renang Selangor. Jadi, tak perlu rasa takut dan dia memang boleh buat,” akhirinya.

Terdahulu, segelintir netizen mendakwa kostum duyung yang dipakai Maya dan Anna Jobling kelihatan seolah-olah kurang berkualiti selepas trailer filem itu ditayangkan.

Malah, ada yang membandingkan rekaan tersebut dengan kostum dalam filem Duyung terdahulu yang dianggap lebih realistik.

Duyung: Legenda Aurora bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Disember 2025.

Selain Maya dan Anna karya ini turut dibintangi Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Inilah Akibat Selalu Keluar Subuh…,” – Anak Menangis Sebab Terlalu Rindu,...

Aktres Fasha Sandha mengakui kerjaya sebagai anak seni menuntut komitmen yang tinggi hingga ada ketika ia membataskan waktunya bersama keluarga tercinta.
error: Hello. Cannot.