Uncategorized

“Dulu Lebih Teruk Kena Kecam, Cuma Tiada Media Sosial. Nak Kritik Main Hantar Surat – Ifa Raziah Ulas Isu Seksi, Tak Sedar Diri

Share

Artis serba boleh, Ifa Raziah mengakui pada fasa sekarang dia sudah tidak kisah dengan sebarang kecaman yang diterima memandangkan dia sendiri sudah pun ‘kalis’ kritikan sejak di awal penglibatan dalam seni.

Katanya lagi, penglibatan lebih dua dekad dalam industri membuatkannya lebih matang, bijak tangkis kecaman dan menyifatkan mereka di luar sana tidak mengenali dirinya secara rapat.

“Yang kecam saya, kata itu dan ini sebenarnya tidak mengenali saya secara rapat. Kalau nak dikatakan seksi atau tak sedar diri kalian boleh selak balik majalah-majalah lama sekitar 90-an lalu. Saya memang ‘dilahirkan’ dengan produk seperti ini. 

 

“Sinonim dengan seksi dan sensasi. Kalau nak diikutkan, dulu lebih ‘seksi teruk’. Cuma sekarang saya separuh iman menuju kepada keinsafan. Sebab saya percaya kalau kita nak buat jahat ni sekejap saya. Tapi kalau kita berniat untuk buat kebaikan dia makan tahun kerana kita kalau buat sesuatu kenalah ikhlas. Bukan hanya untuk suka-suka,” katanya jujur kepada MH.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima kerana berpakaian yang dikatakan seksi di dalam sebuah majlis beberapa minggu lalu, penyanyi dan pengasas kecantikan itu mengakui dia sudah mahu ambil pusing dengan isu berkenaan.

Sebaliknya, Ifa yang kini sibuk mempromosikan produk terbarunya, Solid Molid, cuba menjadi lebih positif dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik selepas ini.

“Kalau nak diikutkan, dulu lebih teruk kena kecam, Cuma tiada media sosial. Dulu kalau nak kritik, main hantar surat ke redaksi majalah. Bila isu tersebut sudah disiarkan, sudah jadi basi,” seloroh Ifa yang pernah popular menerusi lagu Ser Ser Ser tidak lama dulu.

Dalam perkembangan lain, Ifa bersama beberapa rakan selebriti lain kini terlibat di dalam festival Mood Republik bersempena dengan Kelantan Raya Fest di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu yang kini berlansung di Kelantan sejak 18 Mac lalu.

Foto: Instagram Ifa Raziah

 

IKLAN