Penyanyi 90-an terkenal, Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, yang sudah tampil dengan imej berhijab sejurus pulang dari mengerjakan umrah kini sedang berhadapan dengan dugaan hidup.
Pada usianya 50 tahun kini, bintang yang sinonim menerusi lagu Teringin itu kini sudah dikategorikan sebagai golongan asnaf.
“Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf,” luahnya seperti yang dipetik Harian Metro.
Difahamkan, perkara itu dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya beberapa hari lalu.
“Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.
“Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.
“Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima,” kata Shima seperti yang dipetik.
Ads
Sementara itu apabila kembali mengimbas memori, bintang bersuara serak-serak basah ini mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.
“Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.
“Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.
“Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi,” kongsi Shima.
“Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, dia yang sudah lama menderita sakit saraf serta sakit belakang turut mengakui ada melakukan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Terbaru, Shima turut disahkan mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.
“Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.
Ads
“Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.
“Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan,” jelasnya.
Atas kesulitan hidupnya kini, Shima berhasrat mahu mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Lalu, dia cukup mengharapkan agar ada mana-mana pihak tampil meringan bebannya.
Terkini, penderitaan Shima telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya.
Foto: Instagram Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Zarul Husin mengimbau kembali memori selepas mengambil keputusan berhenti menyanyi pada tahun 1997.
Katanya, ketika itu dia sempat mencari rezeki dengan membantu arwah bapanya menjual apam balik.
Lebih manis, arwah juga yang menggalakkannya untuk mencuba nasib sebagai pramugara.
Tambah Zarul lagi, arwah bapanya risau melihatkan dia tiada pekerjaan tetap dan sanggup membawanya memotong rambut demi temuduga yang bakal dihadapi.
“Dulu tidak pernah terfikir langsung pun nk jadi pramugara, selepas saya berhenti menyanyi dgn Umbrella tahun 1997, saya jual apam balik ngan arwah abah saya (al fatihah) dkt suatu simpang di Puchong.
“Arwah yg galakkan sy pergi interview, yelah bapa mana yg tak risau tengok anak dia xde kerja tetap, siap bwk saya potong rambut saya yg panjang paras bahu masa tu demi temuduga pramugara.
“Alhamdulillah rezeki anak sy .. (dan sedikit tips interview dr customer bapa saya yg merupakan pramugara dan pramugari MH masa tu).
“@malaysiaairlines terima saya jd kakitangan mereka sbg pramugara- selepas 16 tahun saya resign, sekian celoteh subuh hari ni.
“Oh by the way kalau nk tengok kisah kisah pramugari dan pramugara sila lah ke youtube channel saya “Zarul Umbrella”.
“Selamat berpuasa dan stay home #zarulumbrella #bukangadisbiasa #sambalaichik #serundingaichik #pictuszarulhusin,” kongsinya.
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...