Penyanyi 90-an terkenal, Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, yang sudah tampil dengan imej berhijab sejurus pulang dari mengerjakan umrah kini sedang berhadapan dengan dugaan hidup.
Pada usianya 50 tahun kini, bintang yang sinonim menerusi lagu Teringin itu kini sudah dikategorikan sebagai golongan asnaf.
“Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf,” luahnya seperti yang dipetik Harian Metro.
Difahamkan, perkara itu dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya beberapa hari lalu.
“Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.
“Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.
“Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima,” kata Shima seperti yang dipetik.
Ads
Sementara itu apabila kembali mengimbas memori, bintang bersuara serak-serak basah ini mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.
“Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.
“Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.
“Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi,” kongsi Shima.
“Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, dia yang sudah lama menderita sakit saraf serta sakit belakang turut mengakui ada melakukan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Terbaru, Shima turut disahkan mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.
“Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.
Ads
“Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.
“Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan,” jelasnya.
Atas kesulitan hidupnya kini, Shima berhasrat mahu mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Lalu, dia cukup mengharapkan agar ada mana-mana pihak tampil meringan bebannya.
Terkini, penderitaan Shima telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya.
Foto: Instagram Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Antara cinta atau ibu bapa, dilema yang sering melanda golongan muda.
Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin menerusi Instagram mengemukakan persoalan sama.
“Pernah tak kita terfikir perasaan ibu bapa yang hantar kita belajar ke menara gading sana.
Yang bersusah mencari duit agar anak anak dapat belajar dengan sempurna akhirnya beberapa bulan lepas tamat belajar terus mendirikan rumah tangga dan sebagainya.
“Kalau lepas mendirikan rumah tapi tetap ingin membalas jasa masih tak mengapa tapi yang kawin terus senyap sepi. Apa pula cerita? Hurmm,” soalnya.
Malah, pengusaha kosmetik ini menegaskan pertanyaan bagaimana seharusnya jasa ibu bapa dibalas jika fokus sudah beralih kepada pasangan selepas berkahwin.
“Sudah cukuplah membalas jasa mereka? Harapan mereka supaya dapat bantu mereka?
“Kalau nak di kira taburan bintang di angkasa. Jika nak di hitung luasnya alam semesta.
“Takkan dapat dibanding dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah membesarkan kita.
“Persoalan ni selalu bermain di fikiran semua. Awak rasa bagaimana?
“Ada satu ayat makcik makcik onion “alah buat apa belajar tinggi tinggi, lepas tu kawin terus tak jadi apa” – boleh awak semua bincangkan tak? #BujangManisManis,” tulisnya lagi.
Meski sudah pun berpisah, namun silaturrahim di antara pelakon Datin Anne Ngasri bersama bekas suaminya masih diteruskan apabila isteri kepada Abdul Wafi yang dikenali sebagai Farah Yaya Nadiah ada berkongsi sekeping foto mereka bersama.
Difahamkan, Farah baru sahaja melahirkan cahaya mata dan pelakon yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu dilihat ada mengunjungi untuk melihat permata hati pasangan berkenaan.
Terdahulu, seperti yang diketahui, Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertamanya, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010 lalu.
Keduanya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 13, tahun, Abdul Wafri, 11 tahun dan Nazharah Afrozah, 9 tahun.
Kemudian, Datin Anne Ngasri diijab kabulkan pula dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.
Menerusi perkahwinan berkenaan, bintang yang sinonim menerusi drama kanak-kanak, Cili Padi itu dikurniakan seorang seorang anak lelaki, Sufi Harraz yang kini berusia 6 tahun serta seorang anak perempuan yang lahir pada 28 Nov lalu.
Baru-baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang menonton pelawanan akhir bola sepak Piala FA 2019 bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Gambar tersebut dimuat naik oleh Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menerusi akaun Twitter miliknya,
Menerusi gambar yang dikongsi oleh pelakon drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, kelihatan Fikry telah menyunting gambar tersebut dengan mengkaburkan di bahagian aurat pelakon Farah Nabilah.
“Rahsia kejayaan Kedah semalam. Ada yg sanggup mai naik lori, hangpa memang,” tulisnya.
Rahsia kejayaan Kedah semalam😂. Ada yg sanggup mai naik lori, hangpa memang 👍🏼👍🏼👍🏼 pic.twitter.com/cCMqU4SOUk
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.