Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir mengakui kini lebih gemar membelanjakan wang ke arah kebaikan berbanding menghabiskannya dengan membeli-belah.

Menurut Anzalna, meskipun tabiat membeli-belah itu masih ada, dia kini lebih memikirkan tentang membantu mereka yang mengalami kesusahan.

Dulu Boleh Berhabis Beli Barang Mewah… Anzalna Nasir Kini Pilih Hulur Rezeki & Mahu Terus Bantu Orang Susah

“Dahulu, saya dengan mudahnya boleh berbelanja lebih daripada RM100,000 untuk membeli barangan mewah.

“Sehingga kini, saya masih membeli barang-barang yang saya suka tapi tidak segila dahulu.

“Kerana kini saya sedar, harga untuk sebuah bag berjenama boleh beri makan kepada banyak keluarga, bantu ibu bapa yang kesusahan atau tolong seseorang untuk bangkit semula,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu menerusi sebuah hantaran di Thread.

Ads

Katanya lagi, pada usia sekarang, dia mahu mendekatkan hatinya kepada Allah dengan melakukan perkara-perkara baik yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Dulu Boleh Berhabis Beli Barang Mewah… Anzalna Nasir Kini Pilih Hulur Rezeki & Mahu Terus Bantu Orang Susah

“Semakin saya meningkat usia, hati saya hanya mahu dekat dengan Allah SWT. Hidup saya rasa lebih bermakna bila buat kebaikan, memberi dan mencari reda Illahi.

“Saya harap dapat terus kekal begini, selamanya. Doakan saya ya,” kongsinya lagi.

Ads

Netizen Puji Sikap Pemurah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah Anzalna selain turut mendoakan agar dia sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk;

“Saya doakan awak sentiasa rasa cukup dengan segala rezeki yang awak sudah ada. Dan membantu mereka yang kesusahan akan buat awak rasa senang hati.”

“Saya bangga dengan awak Anzalna. Berbuat baik lebih bernilai berbanding membelanjakan duit untuk membeli barangan mewah.”

Ads

“MasyaAllah, awak sangat cantik luar dan dalam.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, diberkati, diredai dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.”

“Semoga Allah memberikan ketenangan dan ganjaran berlipat kali ganda. Awak menjadi inspirasi kepada ramai orang.”

Dulu Boleh Berhabis Beli Barang Mewah… Anzalna Nasir Kini Pilih Hulur Rezeki & Mahu Terus Bantu Orang Susah

Sebelum ini, nama Anzalna beberapa kali menjadi perhatian kerana sifat pemurahnya membantu keluarga-keluarga yang mengalami kesusahan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads