Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar Anwari meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sering mempersoal cara kerja para petugas kesihatan.
Menurut Dr. Izzar, walaupun mereka sudah memberikan khidmat yang terbaik, pasti ada sahaja perkara yang tidak menyenangkan hati individu tertentu.
“COMPLAIN COMPLAIN COMPLAIN. Bila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap.
”Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut-ugut lagi.
“Bila dah buat test covid sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa). Di ugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call.
“Bila kita dah selamatkan orang tu, dah selamat keluar ICU semua, ada hati nak complain kata makanan hospital tak sedap,” tulisnya.
Ads
Rasa kecewa itu dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerus entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Dr. Izzar turut mendedahkan ada rakan sekerjanya yang harus berjumpa dengan pakar psychology gara-gara terlalu tertekan kerana kerja.
“Bila dah kata operasi kedai makan sampai pukul 8 malam, kita extend la lagi sampai 10 malam. Takde hall.
Ads
“Sekarang dah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti ni. Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi.
“Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang. Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan COVID-19 ni adalah SIKAP kita sendiri. Degil taknak patuh SOP.
”Rasa diri kebal, takpelah demam sikit-sikit je pastu pergi kenduri. Alah buka mask kejap je pun etc,” jelasnya lagi.
Ads
Lantaran itu, Dr. Izzar turut berharap agar orang ramai dapat bertimbang rasa dengan para petugas kesihatan dengan sekurang-kurangnya mematuhi setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
“Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas dan New year tu sekarang. Ramai pergi melancong n berjalan dan kenduri sakan masa tu. Lepas tu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pulak. Sebab tu kes naik sampai ke 4 angka tiap-tiap hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?
“Kes positif sekarang empat angka tiap-tiap hari. Dulu 2 angka pun dah gelabah. PKP sekarang ni macam takde apa pun.
“Dahla penat. Kitorang fokus buat kerja kitorang. Takyahla menambah beban petugas-petugas kesihatan dengan benda-benda remeh dan menyusahkan. Matang la sikit. Korang rasa macam mana. Lama lagi ke nak hidup macam sekarang ni?,” akhirinya.
Sumber: Instagram Dr. Izzar Anwari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Zila Bakarin meluahkan kegusarannya melihat realiti masa kini yang dihadapi golongan kurang bernasib baik untuk turut sama mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Menurut Zila, tidak semua ibu bapa mampu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran atas talian lebih-lebih lagi buat mereka yang miliki anak yang ramai.
“Dah beberapa hari anak-anak online class. Bila sama-sama dengan diorang masa online, aku tengok tak ramai jugak murid yang ada. Setahu aku satu kelas lebih kurang 22 orang. Mana yang lain?
“Hari tu aku terbaca seorang ibu bagi tahu cikgu anak dia tak boleh online sebab phone ada satu. Ibu tu punya. Anak ada tiga. Masa online sama. Macam mana tu cikgu? Allahu luluh hati aku dengar,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Khamis.
Dalam pada itu, Zila turut berharap agar peluang pekerjaan dapat diperluaskan bagi meringankan beban buat mereka yang kurang bernasib baik.
“Mulalah terfikir kalaulah aku dapat bantu. Itu seorang! Berapa ramai lagi yang tak mampu adakan phone, tab dan laptop untuk anak-anak online dan belajar.
“Itu kita cerita pasal gajet. Wifi? Semua tu duit? Pada yang mampu tak rasa. Duit 80 keturunan boleh hidup. Pada yang tak? Itu baru cerita pasal pembelajaran anak-anak. Tak masuk yang lain lagi #kamiperlukerja,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Zila selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat memikirkan solusi bagi permasalahan ini.
Sumber: Instagram Zila Bakarin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia bersama pasukannya akan bergerak mengadakan misi bantuan buat warga negeri Pahang yang terjejas akibat musibah banjir sejak Ahad lalu.
Menurut Aliff, sebagai anak jati Pahang, dia juga berasa amat sedih melihat ujian yang menimpa penduduk di negeri tersebut.
“Kesianyaa.. doakan misi saya berjaya esok (hari ini). Doa yang baik. Permulaan tahun 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir besar yang berlaku di banyak negeri dan antara yang teruk terjejas adalah negeri kelahiran saya Pahang. Sebagai anak kelahiran Pahang saya turut merasai kesusahan.
“Alhamdulillah rezeki anda salurkan pada saya ini saya salurkan pada yang memerlukan. Anda juga adalah peyumbang kepada mereka dengan membeli produk-produk perniagaan saya, saya adalah perantara sahaja yg meyampaikan bagi pihak anda semua,” tulisnya.
Jelas penyanyi lagu, Cuba Bahagia ini lagi, bantuan tersebut dibuat hasil daripada sumbangan orang ramai menerusi pembelian produk-produknya selama ini.
Perkhabaran tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Lantaran itu, Datuk Seri Aliff juga dikhabarkan telah mempersiapkan 10 buah kereta pacuan empat roda bagi menyertai misi bantuan ini.
“Esok saya akan turun ke beberapa tempat yang terjejas antaranya Maran, Temerloh, Raub dan beberapa tempat lagi yang dibenarkan masuk memandangkan saya menerima maklumat banyak jalan terputus akibat banjir yang sangat teruk. Doakan saya dan team selamat sampai untuk bantuan ini.
“Kami bergerak dalam 10 buah kereta pacuan empat roda. Terima kasih bonda @bondarozitaibrahim bagi pinjam kereta dan juga @baganpinang, Dato Murad untuk kami meyampaikan bantuan ini. Ada tak sesiapa yang perlukan pertolongan saya korang boleh tag ig mereka untuk saya bantu,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Datuk Seri Aliff beserta pasukannya selamat tiba di negeri Pahang.
Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Fizo Omar bersyukur dalam gembira selepas anak tunggalnya, Wan Maryam kini sudah bebas Covid-19 dan kini mereka berdua sudah dapat isi masa bersama.
Sebelum ini, Maryam yang mencecah usia 3 tahun dan bekas isterinya, Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif pandemik berkenaan.
Sambil menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang kuat, bintang berusia 35 tahun itu juga turut berpesan kepada semua agar sentiasa menjaga diri.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...