
Minggu ketiga program realiti terbaharu, Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan penyingkiran dua peserta, iaitu Khalyn dan Faysal Saad.
Sekali gus, dua peserta itu gagal melayakkan diri untuk meneruskan saingan pada minggu seterusnya, Ahad depan.
Walaupun perjalanan mereka terhenti, pentas RTSMY tetap bermakna kepada lima peserta terbaik minggu ini, menempah tempat dalam kelompok The Five.
Lima peserta terbabit ialah Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry dan Share Lopes yang berjaya membuktikan kemampuan masing-masing dengan persembahan mantap.
Selain itu, peserta lain yang turut berjaya mara termasuk Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Keka dan Max Brandon.
Melinda ‘Menyala!’, Raih Gelaran Gempak Star On Fire
Dalam pada itu, Melinda Dadew pula mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gempak Star On Fire malam tadi.
Persembahannya yang memukau kali ini semestinya menyebabkan persaingan yang semakin sengit di antara peserta saban minggu.
Kesemua peserta RTSMY dinilai berdasarkan sistem pemarkahan dengan 80% daripada markah ditentukan oleh barisan juri tetap terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Manakala 20% lagi datang daripada undian para penonton.
RTSMY yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran langsung dari Royale Theater Shah Alam selama lapan minggu.
Program ini turut boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria serta secara penstriman di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI