Penyanyi, Ainan Tasneem memaklumkan kandunganya kini telah pun memasuki usia 36 minggu.

Menurut Ainan, jika segalanya berjalan dengan lancar, kemungkinan bayi kembarnya itu bakal dilahirkan minggu hadpan.

Malah, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Aku Suka Dia ini turut berharap agar dapat bersalin bayi kembar yang dikandung secara normal tanpa sebarang kompilasi.

“Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins. Tak sabar!

IKLAN

“Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya,” tulisnya.

Menerusi sebuah posting di Instagram, Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan turut mendedahkan kini ada mengalami sedikit kesukaran untuk tidur memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar.

Jelasnya lagi, kakinya juga akan menggigil sekiranya dia berdiri terlalu lama.

IKLAN

“Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh-lenguh badan padahal takde buat apa-apa aktiviti pon.

“Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil-gigil kaki,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga segala urusan Ainan sewaktu melahirkan nanti akan dipermudahkan.

IKLAN

Terdahulu Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela.

Foto: Instagram Ainan Tasneem