Uncategorized

DSV Teringat Anaknya Yang Maut Dalam Kebakaran

Share

Terdahulu, ada peristiwa hitam yang diulit usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali DSV.

Mungkin ada yang masih ingat mengenai kebakaran di rumah penginapan pekerjanya dekat Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak pada tahun 2013.

Kebakaran itu meragut dua anak lelakinya kesayangannya, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta seorang lagi pekerja syarikat itu, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

Disebabkan itu, tidak hairanlah DSV turut berkongsi rasa sedihnya dengan keluarga mangsa yang menimpa pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik DSV, dilihat dia ada memuatnaik dua video asal yang disunting pekerja pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Dalam masa sama, kapsyen yang ditulis oleh DSV itu juga sangat menyentuh hati netizen.

“SAYA yang pernah melalui pengalaman sebegini… Tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini… Saya terkenang… Dua anak yang sedang tunggu saya di Syurga… Syurga TERTINGGI seperti yang mereka selalu doakan,” tulisnya.

Perkongsian usahawan kosmetik itu telah menerima lebih daripada 131,000 tontonan setakat ini.

Rata-rata pengikutnya berkata dapat merasai kesedihan yang dialami DSV.

Namun itu bukanlah penamat bagi Vida untuk terus berjaya.

Kini, DSV bangkit dan tabah menghadapi ujian menjadi seorang ibu dan wanita yang berjaya di Malaysia. Membesarkan dua orang anaknya, Cik B dan Kacak.

MH Online doakan semoga anak-anak syurga itu ditempatkan di syurga tertinggi.Amin.

IKLAN