Lambang kekayaan bukan hanya pada rumah dan kereta, namun jenama pakaian dalam yang dipakai boleh menjadi simbolik kepada gaya hidup serba mewah.
Mempamerkan seluar dalam berona biru jenama Versace, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia mampu membeli apa sahaja yang diingini berkat hasil usahanya dalam bisnes selama ini.
Malah ulasnya lagi, dia akui cukup menggemari pakaian dalam dari jenama berkenaan yang disifatkan sebagai ‘sejuk’ dan selesa.
“Ramai yg org suruh sy tunjuk sepender saya hari ni saya pakai seluar dlm versace hasil perniagaan @as.legacymalaysia syukurr sy mampu beli apa sahaja hasil bisnes online saya dulu sy pakai spender 3 rm10 jee.. tpi kali ni spender ni kainya sejuk dan selesa.. berminat nak join bisnes sy? wussp 0 14-619 2419 skrg modal rm70-5000 jee.. sure korang pun boleh pakai spender yg saya pkai ni,” tulisnya.
Semalam pastinya menjadi malam paling bermakna buat penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah serta para peminat atas sambutan ulang tahun ke-20 penglibatan penyanyi asal Sarawak itu dalam dunia seni tempatan.
Nyatanya sepanjang kerjaya jatuh bangun penyanyi ini dalam industri hingga berada dalam liganya sendiri kini, Dayang kekal menjadi antara penyanyi senior yang kekal relevan dan menjadi inspirasi kebanyakan pendatang baru.
Lalu, Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya menjadi saksi penghibur itu kekal punya aura dan personanya yang tersendiri.
Apa pun, jom ikuti beberapa trivia menarik sepanjang perjalanan konsert tersebut yang tiketnya sudah pun ‘sold out’ selang beberapa jam selepas ia dipromosi.
Sebagai intro Dayang memulakan persembahan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah sebelum ia disusuli dengan lagu Seandainya masih ada cinta. Terdahulu, Dayang turut bertima kasih buat komposer lagu tersebut, Ajai atas kepercayaan hingga membuatkan dirinya mulai dikenali secara meluas sejurus lagu tersebut dilancarkan.
Apabila ditanya peminat mengapa sudah lama tidak lakukan gerakan yang sinonim dipanggil sebagai ‘tarik gear’ pada awal kemunculannya dulu, Dayang sejujurnya memberitahu dia terpaksa berlatih lama bagi mengelakkan dari terus melakukan tabit tersebut kerana ada yang tak suka. Jadi apabila ia sudah boleh dikikis dalam diri, Dayang meminta peminat supaya jangan tanya lagi, terus move on.
Menjadikan ‘Jampi’ sebagai lagu penanda aras yang menjadikan muziknya lebih segar dan berbeza daripada sebelumnnya, kemunculan rakan duet Hael Husaini nyata membuatkan audiens teruja.
Sepanjang konsert, Dayang tampil dengan empat persalinan dan tentunya semua dari Datuk Rizalman!
Selain peminat, konsert Dayang Dua Dekad turut dihadiri rakan artis yang turut sama tidak mahu lepas peluang untuk memberikan sokongan. Antaranya Misha Omar, Ziana Zain, Fauziah Latiff dan Neelofa.
Pada sidang media, Dayang turut berterima kasih atas semua yang hadir dan turut mengakui dia kian selesa berinteraksi dengan penonton kerana semuanya wajah yang pernah dilihat selain mahu ia dilakukan secara bersahaja.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui dia masih lagi behubung dengan bekas suaminya, Aliff Aziz.
Semuanya dilakukan bagi memberitahu serta perihal perkembangan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.
Bella ketika ditemui MH pada majlis pelancaran single Stralela di Red Box Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur menjelaskan, dia berbuat demikian kerana mahu hubungan anak dan bapa sentiasa utuh.
“Kami saling berhubung juga untuk mengetahui perkembangan anak kami.
“Tak salah untuk kami berbuat demikian (menghubungi) kerana Alif bapa kandung Ayden juga,” kata Bella kepada MH.
Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah tidak menafikan ada memberikan kata-kata semangat buat bekas suaminya itu.
“Jika sebelum ini saya yang menguruskan Ayden, jadi selepas terjadi situasi begini, (bercerai), secara tidak langsung dia (Aliff) akan berasa kekok.
“Dalam masa sama, saya faham situasi dia dan sentiasa berikan kata-kata semangat kepadanya,”kata Bella jujur.
Malah, ibu tunggal ini turut akui dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Aliff apabila ramai yang mengecam dan memberikan komen negatif buat penyanyi Sayang Sayang itu.
“Ada masanya saya juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dia dan berharap agar dia kembali bersemangat dan bangkit semula.
“Saya juga pernah cakap dengan dia jangan berputus asa kerana dia masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang sentiasa ada dibelakangnya,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun.
Dalam perkembangan lain, Bella berkolaborasi dengan Ifa Raziah dan Zizi Kirana menyanyikan lagu tema Festival Beli Belah Star Vendors.
Selepas kejayaan Star Vendors di PWTC, Mei lalu, kali ini festival beli-belah itu akan berkunjung ke Sabah pada 3 dan 4 Ogos depan.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat tidak mahu membuat sebarang penafian terhadap hubungannya baiknya dengan rakan selebriti, Redza Rosli.
Ayda ketika ditemui di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan menjelaskan, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
“Malah sebelum ini pun, kami memang profesioanal juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda.
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.
Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda perlu menjaga hati banyak pihak.
“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.
“Rasanya itu adalah yang terbaik,” jelas Ayda optimis.
Kongsi Ayda, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose.
“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya,” ujar Ayda.
Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
“Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain. Ini adalah antara saya dan pihak sana,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Cindai.
#MHLive Kelas AJ nyanyi live Temberang, siap mintak Sajat sebuh Duh Aduh Duh lagi!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...