Uncategorized

Dr. Soo Wincci Kini Pegang 2 Ijazah Sarjana

Share

Segala usaha dan penat lelah selebriti, Dr Soo Wincci berbaloi apabila dia menerima ijazah sarjana keduanya dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik sebentar tadi.

Menariknya, dia turut berkongsi berita tersebut menerusi foto di Instagramnya pada Majlis Konvokesyen yang diadakan di Kolej Berklee Kampus Valencia Sepanyol.

“My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what’s different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online.

“I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all!” tulisnya.

Tahniah MH ucapkan buat Soo Wincci, dia berjaya membuktikan bahawa kita tidak pernah terlambat untuk berjaya kan?

Dia yang juga merupakan bekas peserta Miss World adalah graduan undang-undang di University of Reading, United Kingdom dan mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perniagaan di University of Sunshine Coast, Australia.

Wincci kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Dortor Falsafah (PHD) di Open University Malaysia dalam bidang perniagaan.

Hebat betul portfolio yang dipegangnya. Apa-apapun, sekali lagi MH ucapkan tahniah buat Wincci!

Foto: Instagram Dr Soo Wincci

IKLAN