Kadang-kadang MH ‘respect’ dengan golongan selebriti yang ‘tahan maki’ ni, orang kata apa pun buat tak reti sahaja dan teruskan hidup macam biasa.

Orang kata, mulut manusia ni bukan boleh ditutup jadi untuk elakkan sakit hati, abaikan sahaja komen-komen tersebut.

Itulah yang dilakukan oleh pelakon, Anis Al-Idrus bila berhadapan dengan komen-komen negatif daripada netizen.

IKLAN

Menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya, Anis mempersoalkan sama ada individu yang suke memberikan komen negatif ini tidak gembira dengan kehidupan mereka?

“Bila tidak ditunjukkan kemewahan, dikatanya takde duit. Bila ditunjukkan kemewahan, dikatanya ‘show off’. Bila dah semulajadi, dikatanya buat-buat.

“Well, what do you want actually? Pernah dengar perkataan ‘hormat’ or ‘respect’?

“Ade orang tak suka show off walaupun ada. Ada orang show off sebab rasa macam menghargai diri sendiri dapat beli itu dan ini. Ada orang suka sederhana walaupun ada ferrari. Ade orang show off, walaupun menyewa. Itu hak masing-masing.

Bukan terasa, or marah, atau melatah, cuma pelik. Yang suka memberi negative comments, you’re not happy with your life arent you?” tulisnya.

Dalam pada itu, Anis sempat mengatakan bahawa dia memilih untuk memadam komen-komen negatif netizen di laman media sosial miliknya.

IKLAN

“Jap jap, tak yah cari comment mane yang dorang comment, sebab dah didelete dan diblock awal-awal lagi. Because I dont need negative people in my life.

“For those positive people, I love you,” tulisnya.

Pada MH, mungkin dengan cara itu, para selebriti akan rasa lebih tenang dan tidak terbeban atau ‘makan hati’ dengan komen-komen negatif netizen ini.

Bila tidak ditunjukkan kemewahan, dikatanya xde duit. Bila ditunjukkan kemewahan, dikatanya ‘show off’. Bila dah semulajadi, dikatanya buat-buat. . Well, what do you want actually? . Pernah dengar perkataan ‘hormat’ or ‘respect’? . Ade orang xsuka show off walaupon ade. Ade orang show off sebab rasa macam menghargai diri sendiri dapat beli itu dan ini. Ade orang suka sederhana walaupun ade ferrari. Ade orang show off, walaupun menyewa. Itu hak masing-masing. . Bukan terasa, or marah, or melatah, cuma pelik. Yang suka memberi negative comments, you’re not happy with your life arent you? . Jap jap, xyah cari comment mane yang dorang comment, sebab dah didelete dan diblock awal-awal lagi. Because i dont need negative people in my life. . For those positive people, i love you ______________________________________________________________ #saynotocyberbully #cyberbully #mediasocial #keyboardwarrior #behappywithyourownlife #botoxkahaku #hahahaha

A post shared by INFLUENCER | ENTREPRENEUR (@anisalidrus) on

IKLAN

Apa-apapun, MH harap netizen pun lepas ni tidak lah terlalu ghairah mengecam para selebriti ini, mereka pun manusia juga macam korang kan? Ada hati dan perasaan juga.

sumber: IG Anis Al-Idrus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI