Terbaru, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dipanggil Tok Ti ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, foto yang dirakam secara kandid itu turut kelihatan Tok Ti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anaknya, Siti Aafiyah.
Seperkara yang menarik, penyanyi Anta Permana ini ada titipkan kata-kata doa buat Aafiyah sempena kelahiran anaknya itu pada 1 Rejab 1439 Hijrah dalam kiraan kalendar Islam.
“Alhamdullillah.. 1 Rejab Aafiyah di lahirkan ..1 Tahun sudah usia mu sayang.. Doa ibu Aafiyah menjadi anak yang berjaya dunia & akhirat .. Allah SWT kurniakan ‘Aafiyah’ buat anakku sayang..”tulisnya.
Lantas, para peminat penyanyi kelahiran dari Kuala Lipis, Pahang itu telah mendoakan Tok Ti diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama Aafiyah.
Untuk rekod, Tok Ti dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan Siti Aafiyah yang telah dilahirkan pada 19 Mac tahun lalu.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu pelakon dan penerbit Datuk A.Aida yang memberi kenyataan soal rupa paras lebih penting dari bakat, baru-baru ini.
Apa pun jom kita lihat fakta menarik mengenai Datuk A.Aida.
Pelakon Datuk A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilahirkan pada 20 April 1970. Kerjayanya dalam dunia penerbitan drama apabila dia menubuhkan sebuah syarikat produksi drama dan telefilem, A.Aida Production Sdn.Bhd.
Syarikat produksi tersebut ditubuhkan pada 10 April 2003 dan sinonim dengan barisan drama yang hit seperti Halimah Jongang, Fatimah Juling, Andainya Takdir, Dia Menantu Rahsia dan banyak lagi.
Sedikit mengenai sisi kehidupan peribadi A.Aida mendirikan rumahtangga bersama bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng pada tahun 1993. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun 2001 dan merujuk kembali perkahwinan mereka.
Malangnya, jodoh mereka tidak kekal lama mereka telah disahkan bercerai sekali lagi dua tahun selepas itu.
Pengarah A.Aida tetap meneruskan kehidupan dengan berkahwin bersama seorang pegawai polis bernama Suffian Sulaiman pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rahul berumur 10 tahun. Bagaimanapun, mereka berpisah pada 2013.
Tidak pernah trauma untuk mendirikan rumahtangga, A.Aida telah berkahwin bersama seorang pelakon yang muda 18 tahun dari umurnya bernama Ariff Aziz.
Pelakon Ariff Aziz atau nama sebenar Wan Izma Ariff Bin Abd Aziz telah melafaz akad nikah pada 21 Julai 2018.
Disamping itu, A.Aida telah memaklumkan kepada peminatnya bahawa mulai berhijab sepenuhnya selepas mendirikan rumahtangga bersama Ariff Aziz.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 25 April lalu, selepas lebih 10 bergelar suami isteri.
Satu sidang media dibuat penerbit berkenaan bagi memperjelaskan mengenai spekulasi yang berlaku terhadap statusnya apabila keduanya tidak lagi memuat naik foto bersama.
Foto/Sumber : Carian Google/Instagram A.Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal semalam, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ada memuat naik gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bertindak nakal dengan menconteng sebahagian karpet dan dinding.
Lalu Hanis menerusi Instagram ada berkongsi beberapa foto anaknya itu bersama ‘hasil’ contengan yang telah dilakukan kanak-kanak berkenaan.
“YUSUF ISKANDAR. Sorry Yusuf, Mommy tak cukup modern untuk semua ni. Lepas dia terkejut Mommy jerit, dia gi ambek vacuum mainan dia,” tulis Hanis.
Lucunya, selepas terkejut kerana dimarahi si ibu, Yusuf segera ambil vacuum mainan untuk membersihkan kesan contengan yang telah dibuat.
Rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan gelagat Yusuf. Malah ada yang menyifatkan apa yang berlaku merupakan suatu perkara normal dan mereka turut berkongsikan pengalaman sama!
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.