“Doktor ‘Rehatkan’ Dia…” – Mr. Grey Dikejarkan Ke Hospital Sekali Lagi!

Baru sahaja reda dan pulih dari penyakit ‘misteri’, kali ini MH diberitahu hero Mr. Grey, Fendy Bakry sekali lagi dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kesihatannya dikatakan semakin merosot ditahap membimbangkan.

Melalui laporan Utusan Online, Fendy telah dimasukan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Bagaimanapun melalui laporan Harian Metro pula, keadaan Fendy kini semakin stabil dan masih dibawah pemantauan doktor.

Salah seorang pelakon teman rapat Fendy iaitu Hairi Safwan mengesahkan rakannya itu kini telah ‘direhatkan’ oleh doktor kerana mengalami batuk berlebihan .

IKLAN

“Saya ada menghubungi keluarganya namun doktor tidak membenarkan mereka berkongsi maklumat mengenai keadaan kesihatan Fendy bagi menjaga privasi.

 

“Apa yang boleh dikongsikan ialah keadaan Fendy sekarang okey. Doktor ‘rehatkan’ dia disebabkan batuk berlebihan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Fendy dikatakan mengalami penyakit misteri dan terpaksa berehat di kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional dan menyebabkan ramai bimbang dengan kesihatannya.

Kesihatan Mr. Grey Semakin Merosot Sukar Bercakap & Tidak Jelas, Ini Perkongsian Pengurus & Kakak Fendy Bakry

Sebelum ini juga, salah satu sumber rakan terdekat Fendy juga ada memberitahu pelakon ini sebenarnya sedang menghidapi penyakit buah pinggang dan masalah jantung.

IKLAN

Rakan Terdekat Dedahkan ‘Mr. Grey’ Sakit Buah Pinggang, Betul Ke?

Apapun MH doakan agar Fendy sihat kembali seperti sedia kala.

 

SUMBER: Utusan Online | Harian Metro