Uncategorized

“Doakan Ye Wife Saya Selamat Dan Dipemudahkan Proses Bersalin,” – Aliff Syukri

Share

Beberapa jam lalu, pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang berada di hospital bagi menemani isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang difahamkan kini sedang menantikan detik melahirkan cahaya mata ke empat mereka.

Menerusi Instagram, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengharapkan isterinya kuat dan meminta agar peminat mendoakan akan keselamatan isteri selain dipermudahkan proses bersalin.

“Sayang kena kuat. Saya akan berada di sebelah awak. Doakan ye wife saya selamat dan dipemudahkan proses bersalin,” tulis Alif.

Rata-rata pengikutnya selain rakan selebriti turut mendoakan agar proses kelahiran dipermudahkan dan tidak kurang yang memberikan kata-kata semangat buat pasangan berkenaan.

Selain mengambil seorang dua anak angkat. pasangan usahawan berkenaan sudah pun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Foto: Instagram Aliff Syukri, Nur Shahida

 

IKLAN