Kian ayu dan berdoa agar terus istiqamah apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, penyanyi Ernie Zakri ada berkongsi cerita ringkasnya bersama para peminat.
Melayangkan satu status di akaun Twitter, penyanyi Ku Bersuara ini mengenang situasi saat dirinya belum lagi berhijab secara penuh.
“Dulu jarum2 @arishahzaki sepah2 je kita tengok tapi tak heran pun.
“Doakan ya guys, pin pun takda kat rumah ni”, pinta anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain ini.
Sambil peminat mendoakan agar Ernie kekal dengan penampilan barunya itu, peminat turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Ads
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab selepas penularan wabak penyakit Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, sejak minggu lalu.
Ads
Malah jelasnya lagi, hajatnya itu sudah pun terpendam sejak sekian lama dan kali ini ia merupakan masa sesuai dan meminta ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya.
Baru-baru ini, ada yang memperkatakan mengenai golongan artis yang berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus berikutan wabak Covid-19 yang melanda.
Selain beberapa sektor lain yang terkesan gara-gara wabak tersebut, ia turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan.
Penyanyi terkenal, Tomok misalnya ada berkongsi pendapat mengenai isu itu di akaun Instagram.
“assalamualaikum semua..saya di sini terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’.
“Seperti mana yang kita tahu sekarang, negara kita berada di dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid – 19 ini.
“Golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi,pelakon,pemuzik,krew penerbitan,produksi drama atau filem semuanya terjejas,ditunda atau terpaksa di batalkan .
“Ia memberikan impak yang besar pada mereka..di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka.
“Begitu juga dengan artis-artis senior tanahair yang kurang bernasib baik semoga pihak berwajib dapat membantu lagenda-lagenda kita ini,” tulisnya.
Selain itu, Tomok mengharapkan agar pihak kerajaan agar peka dan prihatian terhadap artis atau penggiat seni tanah air.
“Dengan pandangan saya ini,saya harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni dan penggiat seni.
“No one will be left behind tomok,” tulisnya panjang lebar.
“Sebelum membuat umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah,”. Demikian penegasan penyanyi Sasha Saidin ketika mengerjakan umrah bersama suami, Sirhan Wahab pada awal Februari lalu.
Sasha yang juga anggota kumpulan Elite sering berkongsi aktivitinya di Tanah Suci.
Baginya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi pengalaman bersama peminat dan mereka yang berhasrat untuk mejjejkakan kaki ke Tanah Suci.
“Kalau anda perasan kebanyakan posting Sha ditulis adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan mungkin kerana itu kebelakangan ini terutamanya sekitar posting Sha tentang perjalanan Umrah Sha baru-baru nie ada sedikit kekeliruan.
“Sha nie memang suka bercerita dari dulu lagi. Bercerita pun suka mungkin kerana Sha gemar kongsi pengalaman buat mereka yang sedang atau akan melalui apa yang Sha lalui,” kongsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Zain Saidin mengambil keputusan untuk menyahaktifkan telefon pintarnya kerana mahu memberi fokus penuh terhadap ibadahnya.
“Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci membaca komen-komen yang di tinggalkan di ruang komen posting Sha.
“Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami,” tulisnya.
Menerima pelbagai komen positif dari orang ramai, Sasha bersyukur kerana dia dan suami telah selamat pulang ke tanah air kira-kira seminggu lalu.
Sekali gus, Sasha telah mengaktifkan semula media sosialnya.
“Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur.
“Sesungguhnya اللّٰه Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang. Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya.
“Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami. Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada.
“Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmatNya,” akhirinya.
Penyanyi, Andi Bernadee ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Donde itu dirakam sedang menyertai misi bantuan sukarelawan kecemasan COVID-19 yang dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency.
Lantas, perkongsian penyanyi berusia 29 tahunitu menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap Andi yang baik dan sentiasa merendah diri.
Sekadar informasi, Malaysian Relief Agency merupakan satu perbadanan sukarelawan yang memberi bantuan keperluan asas kepada masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Foto: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya