Pelakon, Hanis Zalikha mengimbau kembali detik-detik kepayahan yang pernah dialami keluarganya satu ketika dahulu saat kedua ibu bapanya berniaga kuih-muih dan nasi lemak.
Menurut Hanis, dia teringat kembali detik-detik nostalgia tersebut ketika sedang menikmati kuih kegeramannya iaitu pulut panggang.
Jelasnya lagi, sehingga kini masih tiada sesiapa lagi yang mampu untuk menandingi air tangan ibunya itu.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Haizul Azreen itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hanis turut menambah, meskipun dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, dia tetap berasa amat bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sanggup bekerja keras demi menyara keluarga.
“Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh. Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan.
“Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum saat membaca perkongsian daripada Hanis.
Malah, mereka juga turut memuji sikap Hanis tidak segan silu untuk berkongsi mengenai asal usul keluarganya.
“Terharunya baca. Kalau Hanis tak cerita memang tak sangka. So proud to see where you and your family at now.
“Ohh, baru tahu Keknis dan keluarga pernah alami ‘kesempitan’. Ingatkan memang orang senang. Alhamdulilah untuk kehidupan yang sekarang.
“Alhamdulillah, walaupun dah berjaya Keknis tak lupa asal usul dan tak malu berkongsi cerita,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 3 Jun 2021, genaplah usia suami kepada pelakon, Mira Filzah, Wan Emir Astar yang ke-31 tahun.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Mira dilihat ada mengadakan sambutan secara kecil-kecilan bagi meraikan hari istimewa buat insan yang paling disayangainya itu.
Jelas Mira, dia berharap agar suaminya itu akan sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT dan dia juga berjanji akan tetap ada bersamanya sampai bila-bila.
“Happy 31st Birthday to you, my dearest husband! May Allah’s blessings and protection be with you and may HE keeps you in his protection forever. Amin YRA.
“I will always be here, right beside you and You’ll Never Walk Alone. Love you so much Sayang i,” tulisnya.
Menerusi entri berasingan, Emir dilihat ada menitipkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang sentiasa ada bersamanya lebih-lebih lagi buat kedua ibu bapanya.
Menerut Emir, tanpa sokongan yang berbelah bahagi daripada kesemua individu-individu penting ini, tidak mungkin dia akan berada ditahap yang sekarang.
“Syukur Alhamdulillah, today, 31. Everyday remind myself to forever be grateful for His countless blessings — born and raised by my beloved and compassionate @masturayazid Ibu & Papa and I am who I am today because of them.
“With love and guidance by Mak & Abah @faeezahisan @badio64, alongside my brothers and sisters, cousins, families, and friends in arms in going through life.And Mak & Atuk and family, always in my heart.
“Last but never the least, to take the coming leaps and strides of my life as a servant of Him with @mfmirafilzah my love and companion of this life and the hereafter, who looks at me in the eyes and says you will never walk alone, in spirit and passion.
“Love you Syurga i with all my heart and soul I am overjoyed by the wonderful golden surprise!,” jelasnya.
Dikesempatan itu juga, Emmir turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya di hari lahirnya itu.
“Thank you comrades, friends, families and everyone for the prayers and wishes, my many apologies for not being able to get back to everyone.
“I pray for Allah SWT to return with more to everyone for all the kind words and prayers, and may we all be among our Beloved Prophet ﷺ ‘s ummah, aamin YRA,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Mira dan Emmir telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 September 2020.
Sumber: Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ezzrin Loy mengakui berasa amat terkesan dengan pemergian Allahyarham neneknya, Siti Rokiah Saat yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Ezzrin, dia tidak akan sesekali melupakan setiap jasa baik dan nasihat neneknya yang dikongsikan sejak dia masih kecil.
“Al fatihah Siti Rokiyah Binti Saad.
We lost our beloved Atuk last night to Covid. A very special soul, who taught me about the values of life.
“I will remember her kindness and will keep being strong like she has always been, the strongest,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Ezzrin turut meluahkan rasa syukur kerana telah diberikan kesempatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk menyempurnakan majlis pengebumian jenazah nenek itu.
Selain Ezzrin, majlis tersebut turut disertai oleh abang iparnya yang juga merupakan suami kepada pelakon, Elfira Loy, Faris Anuar.
Sewaktu majlis pengebumian berlangsung, Ezzrin dan Faris dilihat lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE) yang telah pun disediakan oleh pihak KKM.
“Very grateful that I was with her one last time today, teman Atuk. Also many thanks to KKM for preparing me and Abang Faris for her funeral. Alhamdulillah, Semuanya dipermudahkan
“Now she’s in a better place with Tokwan InsyaAllah. Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sedih turut menitipkan doa semoga arwah neneknya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Deepest condolences for you and your family bro, my prayers are with you guys.
Bersempena sambutan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment (RFE) tampil memeriahkan musim perayaan dengan memperkenalkan tujuh lagu raya baharu yang hadir dengan pelbagai warna muzik, emosi dan penceritaan.