Meski pemergian pengasas kecantikan Dnars Skincare, Hajjah Faziani Rohban sudah dua hari, namun masih ramai yang meratapi kesedihan.
Perkara itu termasuklah usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida yang dikongsikannya di Instagram.
“Kenapa saya tak bole MOVE ON lg..
Hanya Allah swt yang tahu..
dalam hati ni..
“BERBAUR BAUR PERASAAN SAYA.. wahai sahabatku..
kehilangan yg tiada ganti..
Semalam Tidur awal
dlm keadaan nangis
Sedar tidur..
Tersentak lagi,, Terbayang wajah sahabat yg baik
Suara dia.. kesantunan arwah .
“Saya tak mahu HITAMKAN gambar ni..
BIAR dia kekal berseri..dinegeri ABADI..
“Siapa yg kehilangan
PAsti rsa sakit..
Sy pula, tak berkesempatan
Menziarah ke pusara arwah.
“Tapi saya pasti Kamu
WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT DI ALAM BARZAH DGN TABURAN BUNGA…VVIPNYA DI ALAM SANA..KAMU TELAH ??CHECK IN DI SYURGA ABADI…PASTI…
“Semoga SYURGA TERTINGGI buatmu
Sy pasti malaikat dan ahli2 syurga bersamamu.
TENANG & AMAN DI SANA..
AL FATIHAH..
“Ambilah contoh apa yg telah arwah buat..
Banyak bersedekah..Jariah tanpa hirau lelah,” tulisnya.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa si cantik Qalisha Ray, penah mempunyai single sendiri sekitar 2011 lalu.
Single berjudul Satu Januari itu merupakan antara percubaan awal bintang ini untuk menongkah arus dalam dunia seni nyanyian tempatan.
Malah, dia juga pernah aktif dalam bidang komersial untuk suatu tempoh sebelum mengambil keputusan untuk tidak kekal lagi sebagai selebriti.
Malah sebelum ini, Qalisha atau nama lengkapnya Noor Qalisha Ahmad Rashid juga pernah viral beberapa tahun lalu kerana dikatakan mempunyai iras selebriti dunia, Kim Kardashian.
Lebih menarik, bintang asal Pasir Mas, Kelantan ini juga sebenarnya merupakan sepupu kepada figura terkenal, Neelofa.
MH bariskan beberapa foto si cantik berdarah kacukan ini. Memang
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, penyanyi yang terkenal lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dan sedih terhadap bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.
“Adakah ini contoh seorang BAPA ?#TakBertanggungjawabKepadaAnak#TidakDatangMelawatAnak#TidakBayarNafkah#DanSekarang#Ermmmmmm#LengkapKauNi#HebatnyaKamu#YakinnyaKamu”tulisnya.
Kongsi Elly, bekas suaminya itu didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anaknya, Sefhia.
Lalu, perkongsian penyanyi yang berusia 38 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminatnya.
Di samping itu, peminat telah menasihati Elly untuk sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elly dan Azmi telah berkahwin pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...