
Pelakon Datin Eina Azman kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah bersama keluarga.
Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi foto-foto indah di laman Instagram miliknya.
Ulas Eina, turut sama jemaah lain ialah suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, anak kembar, keluarga dan juga pembantu rumah.
“Assalamuailakum… alhamdullilah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, abu, mummy, kakak, anak2 dan bibik mega utk menunaikan ibadah umrah, dah lama sangat nak pergi ke umrah.
“Alhamdullilah harini dapat pergi bawa mummy n abu eina, doakan kan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi
KLIK DI SEENIsekarang!
“Macam Adik Beradik…,”- Datuk Aliff Syukri Payung Foto Dengan Gambar Bersama Datin Diana Danielle, Seiras Tak?

Sebagai dedikasi buat kemenangan pelakon Datin Diana Danielle di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) jumaat lalu, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri telah memuat foto bersama aktres tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting terkininya itu, Aliff ada menitipkan ucapan tahniah kepada Diana atas kemenangannya di ASK2019.
“Apa yang suka gadis kat sebelah abang dia berlakon waktu zaman remaja dulu cuba kau komen bawah Tahniah @dianadanielleb menang anugerah Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin.
“You are deserved to get this Award!!! Semoga terus sukses dalam industri perfileman,” harap Aliff buat Diana.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Melihat di ruangan komen entri tersebut pula, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah.
Malah, pada masa sama ada juga uang membayangkan wajah Aliff dan ibu kepada dua cahaya mata itu seakan-akan ada iras.
Sekadar informasi, Diana telah merangkul anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam Gol & Gincu Volume 2.
Foto: Instagram Datuk Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Tidur Sebelah Sinki Dapur, Duit Hanya Ada RM5,” – Didie Alias Cerita Kisah Duka Bersama Anak-Anak

Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
A post shared by 🅻🅴🅵🅴🆂🆃🅾🆄🆁 (@lefestour) on
A post shared by 🅻🅴🅵🅴🆂🆃🅾🆄🆁 (@lefestour) on
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on
Foto : Instagram Lefest Mega Raya 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Dulu Time Di Make Up, Pegang Phone. Sekarang Pegang Baby,” – Kaka Azraff

Sejak bergelar ibu pada 11 Oktober lalu, penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi cerita di akaun Instagram miliknya.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata kehidupannya kini berbeza dan tidak sama sebelum bergelar ibu.
“Dulu time di makeup, pegang phone. Sekarang pegang baby. #DuluLainSekarangLain #breastfeeding #motherhood #newborn #newlife #DiamondsKaka,” tulisnya.
A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat Kaka yang semakin berbahagia setelah menjadi seorang ibu.
Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.
Foto : Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

sekarang!
