Tahniah diucapkan kepada pelakon Wanna Ali yang sudah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya, yang dikenali Khairil Amri, pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsi Wanna menerusi hantaran terkininya yang dimuat naik di Instagram yang kini sudah pun menerima lebih 24,000 tanda ‘likes’.
Sedondon mengenakan persalinan dalam rona biru cair, Wanna turut berkongsi wajah bakal suaminya itu yang turut disertakan dengan beberapa momen indah sekitar majlis pertunangan.
Ads
“Alhamdulillah, one step closer. Two hearts, one promise, a lifetime to go. Doakan kami,” titip romantis Wanna menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu dikhabarkan bakal berlangsung dalam waktu terdekat.
Ads
Malah menerusi ruang komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar urusan majlis raja sehari pasangan ini akan dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, dijangka meriah dengan penampilan istimewa beberapa artis popular tanah air.
Bermula 28 Februari hingga malam raya, pentas Anjung Syawal akan dihiburkan oleh barisan artis terkenal termasuk Aina Abdul, Khai Bahar, Amir Masdi, Haziq Rosbi, dan Ara Johari yang dijangka membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.
Turut memeriahkan acara termasuk artis meningkat naik seperti Nadeera Zaini, Bella Astilah, dan ramai lagi.
Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal selaku penganjur menyatakan bahawa kehadiran barisan selebriti ini diharap dapat menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung yang ingin membeli-belah dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Sebagaipenganjur, kami mahumemberikan yang terbaik kepadasemuapihakterutamakepadausahawan yang meniaga di mana kehadiranramai artis popular diharap mampu menarikramaipengunjunguntukdatang membeli– belah.
“Justeru, sayamengucapkanterimakasihatas sokongan dan kesudianpara artis terlibat kerana acara ini juga bolehmenjadi salah satu platform untuk mendekatipeminatmereka,” katanya.
Anjung Syawal dengankerjasamaanjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan Bazar Aidilfitriterbesar di Lembah Klang bakalkembali untuktahun ke-13 bermula 28 Februariiniselama 33 hari.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagaiaktiviti dan reruaiakandilaksanakan bersama konsep yang menonjolkankekayaanbudayaMelayu dan kesenian Islam yang menjaditradisiturun-temurun di negara ini.
Lebih mengujakan, lebih 220 lot niagadaripadajumlahkeseluruhansebanyak 293 lot niaga di Anjung Syawal telahhabisterjualsejak 1 Januari lalu dan optimis ia akan habis dijual bulan ini.
“Walaupunterdapatisu yang dimainkan di media sosial yang menasihatipeniaga agar tidakberniaga di Bazar Aidilfitri kerana masyarakat dikatakan tidaklagigemar membelisecarafizikalnamunsambutan di Anjung Syawal di luarjangkaan.
“Bahkan sebelum kami mengumumkanjualan lot niagadibuka lagi, sudah ramaiusahawan yangmenghubungiuntukmembuattempahan slot,” katanya yang turutmemperuntukkan 20 lot niagakepadagolonganselebriti dan pempengaruh.
Rayme pada masa sama menambah, konsep kali inibukansahajabertujuan mahu mengekalkan warisanbudayaMelayutetapi juga memasukkan elemenmodendalamsambutan Ramadan dan Syawal.
Pihaknya juga berhasrat menghubungkanwarisanbudayadenganinovasi masa kini, seterusnyaberusahamenarikminatsemua golonganmasyarakatmengenalibudayabangsa terutamagenerasimuda.
“Antara kelainanbaharuAnjung Syawal adalah dengan memperkenalkansegmen ‘Pangkin Seni dan Serambi Santai’ bagimenyediakanpelbagaiaktiviti kebudayaansertaruangselesauntukpengunjung beristirehat.
“Bagi mengekalkantarikan dan kemeriahan pada tahunini, khemahlut sinarsertaberlampuakanturut disediakan di kawasan terpilihkhusus untuk membolehkanpengunjungberbukapuasabersama ahlikeluarga dengan selesa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SVG Worldwide baru saja mencipta sukses tersendiri apabila melancarkan koleksi Spring/Summer 2025 (SS25: The Journey) pada 8 Februari lalu di The Yard, Sentul Depot dan ia bukan pertunjukan yang biasa-biasa!
Dengan pelaburan RM3 juta, ia menjadi pertunjukan fesyen streetwear solo terbesar di Malaysia setakat ini!
The Journey menampilkan 100 model di atas pentas peragaan, sekaligus mencipta rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan solo terbesar di negara ini.
Menurut Ashraf Anuar selaku ‘mastermind’ di sebalik SVG Worldwide, pihaknya membawa fesyen jalanan ke tahap baru dengan konsep yang lebih besar, berani dan penuh karakter.
Dengan bajet RM3 juta, acara ini bukan sekadar pertunjukan fesyen biasa tetapi SVG Worldwide SS25 juga membuktikan jenama tempatan mampu menyaingi label antarabangsa.
Perjalanan founder SVG Worldwide, Ashraf Anuar juga sebelum ini turut menjadi sorotan.
Bermula dengan hanya RM50, dia menjual pakaian dari thrift shop sebelum melancarkan batch pertama kemeja-T yang sold out dalam beberapa hari.
Kini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta dan menjadi antara jenama streetwear paling berpengaruh di Malaysia.
Fesyen jalanan bukan sekadar trend, ia sebagai satu pergerakan budaya dan Ashraf membuktikan jenama lokal mampu bersaing dengan nama-nama besar lainnya.
Untuk tujuan itu, pihaknya turutmembuka pop-up store di Starhill Kuala Lumpur pada 9 hingga16 Februarilalu.
Persembahan Faizal Tahir & Tribute Khas Palestin
Acara ini bukan sekadar tentang fesyen tetapi juga membawa mesej yang lebih besar. Persembahan khas Faizal Tahir turut memberi penghormatan kepada Palestin, membuktikan SVG Worldwide bukan sekadar jenama pakaian, tetapi platform untuk suara dan kesedaran sosial.
Dari runway di trek lumba hingga visual immersive, SVG Worldwide terus menolak batas fesyen jalanan ke arah yang lebih tinggi, tahniah!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga selebriti terkenal, Neelofa, Marsha Milan dan Cik B antara 13 wanita luar biasa yang diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ibu Zain 2025, sebuah penghargaan berprestij yang mengangkat pencapaian wanita dalam pelbagai bidang.
Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan Anugerah Wanita Inspirasi, manakala Marsha menerima Anugerah Wanita Kesenian atas sumbangan mereka dalam industri masing-masing.
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pula menerima Anugerah Wanita Muda atas kejayaannya bergelar usahawan pada usia belia.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Festival The Muslim World Women’s Summit: Voice of H.E.R dan Anugerah Ibu Zain 2025. Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Selain Neelofa dan Marsha, antara penerima lain ialah legenda skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menerima anugerah tertinggi, Anugerah Voices of H.E.R, atas pencapaiannya dalam dunia sukan dan pengaruhnya di peringkat global.
Turut menerima anugerah ialah:
Datuk Pandelela Rinong – Anugerah Wanita Kesukanan Chaya Sulaiman – Anugerah Kesukarelawan Dr Nur Haliza Abdul Wahab – Anugerah Wanita Teknologi Shamsiah Abdul Rahman – Anugerah Ibu Mithali Dr Rafidah Abdullah – Anugerah Wanita Kesihatan Siow Lee Chan – Anugerah Wanita Istimewa Che Siti Noraini Nuawi – Anugerah Wanita Keusahawanan Datuk Dr Hartini Zainuddin – Anugerah Wanita Perundangan Tina Tajuddin – Anugerah Wanita Pendidikan
Anugerah Ibu Zain 2025 merupakan acara kemuncak festival tersebut, yang bertujuan menghargai sumbangan wanita luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, kesihatan, perundangan, sukan dan kesukarelawanan.
Anugerah ini dinamakan sempena Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain), seorang pelopor pendidikan dan hak wanita di Malaysia. Ia menjadi simbol ketabahan, kepimpinan dan kecemerlangan wanita dalam membentuk masa depan negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...