
Gara-gara jarang dilihat bersama, pelakon dan usahawan Ben Ali menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Nadiyah Shahab.
Bagaimanapun, Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

“Status suami isteri itu merupakan satu yang subjektif. Terpulang kepada anda untuk menilai.
“Saya harap netizen doakanlah yang baik-baik. Jangan fikir yang bukan-bukan. Bila kita doakan yang terbaik, hal-hal baik yang akan berlaku,” katanya kepada MH.
Menurut Ben, mereka jarang dilihat bersama kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja di luar negara.

“Status rumah tangga itu bukanlah satu masalah. Kami jarang bersama kerana kami masing-masing sibuk dengan urusan kerja di luar negara.
“Nadiyah pergi ke Lubnan pun sudah sebulan Saya pula ada urusan kerja di London dan Amerika Syarikat selama sebulan. Mungkin dari situ orang ingat kami sudah tidak bersama,” ujarnya lagi.
Fokus Kerjaya & Bisnes
Sementara itu, Nadiyah menegaskan hubungan mereka masih baik, malah kini lebih fokus terhadap kerjaya dan perniagaan bersama.

“Sama ada kami bersama atau tidak, Absolut tetap berjalan. Sinergi di antara kami tetap sama. Kami masih baik bersama. Sama ada berstatus suami isteri atau kawan, kami tetap ada chemistry yang bagus.
“Kita akan selalu rapat dan kami tiada masalah untuk bekerja. Kami nak anda sokong Absolut bukan kerana kami tapi sebab jenama itu sendiri.
“Kami baik-baik sahaja. Tak kisah pun. Bersama atau tidak, kami okay dan gembira sahaja,” katanya.
Pasangan ini ditemui ketika majlis sidang media pra pelancaran Absolut Raya x Festival Gaya Raya yang berlangsung di New Ocean World, Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Ben menjelaskan mereka lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal rumah tangga.
“Kami lebih selesa dikenali kerana bisnes kami. Kami nak ke hadapan kerana perniagaan. Soal peribadi boleh letak belakang dulu.
“Kami tidak mahu dikenali dengan kontroversi atau masalah rumah tangga.
“Kami bukan sejenis pasangan yang bila bergaduh, akan kongsi di media sosial dan sarang satu sama lain. Kami dah besar dan matang. Hal seperti ini bukan sesuatu yang perlu dibanggakan,” ujarnya.
Menurut Ben lagi, hubungan mereka akan sentiasa akrab walaupun ditakdirkan berpisah suatu hari nanti.

“Andai kata saya sudah tidak lagi bersama Nadia dan kami bertemu dengan orang baharu, kami akan sentiasa rapat. Orang baharu pun kena terima yang kami tidak boleh berpisah.
“Sebelum kahwin, kami memang teman baik. Jadi, kami sudah rapat. Begitu juga dengan keluarga,” akhirinya.
Terdahulu, khabar angin mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini mula bertiup kencang sejak setahun lalu.
Untuk rekod, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




