Pemergian pelakon dan model, Nizen Ayob, semalam turut dirasai oleh rakan selebriti seangkatan dengannya.

Antaranya adalah pelakon, Sharnaaz Ahmad yang mendoakan agar Allahyarham tenang di sana.

“Terima berita yg sgt menyedihkan.. dia adalah rakan semasa awal penglibatan sy dalam industri, seorang yg sgt baik hati dan pendiam.

 

“Semoga Allah rahmati dan cucuri roh arwah.. gone too soon bro.. gona miss u alot bro @nizenayob .. semoga family arwah tenang dgn dugaan Allah ini.. Allah lebih menyayangi beliau.

 

“Gone too soon bro.. @nizenayob Allah syg hang bro.. semoga tenang disana bro.. Al-Fatihah Nizen Ayob,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon, Saiful Apek dan juga Ika Nabila turut meninggalkan komen di entri Sharnaaz mengucapkan salam takziah mereka.

Doa, Dedikasi Rakan Artis Iringi Pemergian Nizen Ayob

IKLAN

Turut sama berbuat demikian adalah pengarah, Michael Ang dan pelakon, Zulin Aziz.

IKLAN

“Al-Fatihah! Takziah saya ucapkan kepada seluruh Ahli keluarga beliau! @nizenayob ada lah antara pelakon Yg saya kenali pada mula perlibatan saya dalam industry ni.

 

“Seorang Yg rajin and tak pernah berputus asa untuk berjaya. Dari pelakon extra ke seorang pelakon yg berbakat! Will miss u!,” tulis Michael Ang.

“Al-fatihah. Semoga ditempatkan bersama2 dgn org yg beriman. @nizenayob #pilihkasih3,” tulis Zulin pula.

https://www.instagram.com/p/BmILYmjgk2-/?hl=en&taken-by=zulinaziz

ALLAHU, ternyata pemergiannya sangat dirasai oleh para sahabatnya, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham, al-fatihah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI