Categories: Uncategorized

DJ Swedish, Avicii Ditemui Mati Di Usia 28 tahun

Share

Dunia kehilangan seorang lagi ahli muzik yang berpotensi.

Semalam, dunia digemparkan dengan kematian mengejut DJ berasal dari Sweden, Tim Bergling atau lebih dikenali sebagai Avicii.

Perkara tersebut disahkan wakilnya kepada media, E News!

“Dukacita dimaklumkan kehilangan Tom (Bergling) atau dikenali sebagai Avicii.

“Dia ditemui mati di Muscat, Oman pada petang Jumaat lalu.

“Ahli keluarganya kini dalam keadaan terkejut dan kamk minta agar para peminat memberikan masa dan hormati privasi mereka.

“Sebarang kenyataan lanjut tidak akan diberikan,”tulis kenyataan tersebut.

Setakat ini, punca kematiannya masih lagi dalam siasatan. Industri muzik dan peminat masing-masing bersedih dengan kehilangan DJ berusia 28 tahun itu.

Antara lagu popularnya adalah ‘Wake Me up’ dimana lagu tersebut turut ada dalam filem ‘Pitch Perfect 3’.

Sumber: Enews!

IKLAN