Uncategorized

Dituduh ‘Lalang Detected’, Adi Putra Muat Naik Gambar Sambil Berdoa Di Raudhah Masjid Nabawi

Share

Sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu memutuskan kemenangan berpihak kepada parti Pakatan Harapan, ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru.

Golongan selebriti juga tidak terkecuali memberi ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang diangkat semula menjadi Perdana Menteri yang ketujuh.

Namun begitu, ayat ‘lalang detected’ kini sering disebut oleh masyarakat yang membawa maksud seseorang yang dahulunya menyokong kerajaan terdahulu tetapi selepas kemenangan parti Pakatan Harapan mereka dilihat sudah beralih arah dengan menyokong kerajaan baru.

Pelakon popular, Datuk Adi Putra juga merupakan salah seorang yang dilabel oleh netizen sebagai lalang, rentetan sebelum ini dia sering memuat naik sokongannya terhadap kerajaan terdahulu.

Hanya kerana memuat naik gambar Tun Dr Mahathir, dirinya dikecam dan dilabel sebagai ‘lalang’ oleh netizen.

“Tahniah @chedetofficial Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yg ke 7, Semoga Terus membina Negara Harapan dan membela AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR yg Tercinta. Dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Allah Hu Akhbar. Ameen
#taatpadayangsatu,” tulisnya.

Kalau dilihat pada ruang komen postingnya ini, ramai yang menuduhnya sebagai lalang.

dnxll_: Jai apasai luu lalang

elle1im: taat pada satu kan?! delete photo tun, u xlayak post

arioss51: hahaa kamu ni lalang rumput dan rumpair laut lahhh. minta maaf lahh dulu kat rakyat malaysia.terutama artis. jadi artis public firgure jgn tunjuk sgt kamu sikong mana, kan undi rahsia. terjemahlah sokongan kamu di kertas undi. tu muka nak letak mana tu. muhasabah diri bang oooii

ir_khairul_ibrahim: bro ady putra ni lalang la

Rentetan daripada hal ini, MH terlihat Adi terlah memuat naik satu gambar dirinya sedang berdoa di dalam Raudhah yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah dan di ruang kapsyennya pula pelakon ini menulis walaupun dirinya digelar sebagai lalang dan macai tetapi dia tetap mendoakan kesejahteraan buat semua.

“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur pada mu Ya Allah krana wujudnya aku di atas muka bumi ini dan Ibuku yg melahirkanku. Seperti mana Perintahmu kepada Baginda tercinta utk Berhijrah dari kota Mekkah ke kota Madinah, aku juga turut berhijrah jika sudah tertulis buatku. Aku yg dipanggil LALANG dan MACAI ini, aku mohon doaku di makbulkan di taman Raudhah ini, agar saudaraku muslimin dan muslimat di negara tercinta sentiasa diberkati, dirahmati, dilindungi, keselamatan, keamanan dan makbulkanlah doa-doa mereka. Tidak kira dimana ku berada, Tidak AKAN ku Undur demi Agama dan Bangsa. ISLAM AGAMAKU, MELAYU BANGSAKU, MERAH DARAHKU, PUTIH WARNA KAFANKU DAN KERIS SENJATAKU. Ameen.

 

#taatpadayangsatu #adpwithummah,” tulisnya.

Bagi MH, tidak salah untuk Adi mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru. Ianya hanyalah ucapan tanda menghormati keputusan yang telah ditetapkan. Tidak sepatutnya dia dipanggil lalang oleh netizen hanya kerana mengucapkan tahniah.

Buat Adi pula, MH harap Adi sabar dengan kata-kata netizen kerana mulut orang memang sukar untuk kita tutup.

Sumber: Instagram Adi Putra

IKLAN