Categories: Uncategorized

Dituduh Bimbo, Ruhainies Mengamuk Di Twitter

Share

Gara-gara berlakon tidak memahami maksud ‘nate beruk’, pelakon Ruhainies dipanggil bimbo oleh netizen. Alahai, kasihannya…

Seorang individu di laman Twitter memuat naik video Ruhainies sedang membuat ‘live’ bersama dua orang lelaki. Kedengaran dia diajar menyebut perkataan ‘nate beruk’ yang kononnya bermaksud ‘saya cinta awak’.

Bagaimanapun, individu tersebut menulis kapsyen video tersebut ‘ perempuan yang cantik tidak semestinya bijak’. Ternyata ia membuatkan pelakon tersebut mengamuk.

“Kalau berlakon jadi bodoh sekalipun kalau boleh gembirakan orang, kenapa tidak?. Nanti ada anak kamu akan buat bodoh depan dia bagi dia gelak.

“Tak kan nak jadi bodoh betul untuk happy kan dia? Tak kisah orang itu siapa. Tak rugi buat orang happy. Rezeki pun murah. Pahala dapat. Amalkan.

“Sesetengah orang tidak menggunakan otak di kepala untuk berfikir tetapi di lutut kot. Aduh, facepalm.

“P/S: Sorry, saya manusia, bukan malaikat. Normal dan ada perasaan marah macam awak jugak.

“Depa ingat ‘public figure’ ini robot kot. Hello, kami makan nasi jugak, hati jantung semua sama, aiyoo” luahnya.

Dalam pada itu, melalui siasatan MH, ada juga beberapa ‘perbualan’ antara dia dan individu tersebut di Twitter mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, setelah perkara tersebut diselesaikan antara Ruhainies dan individu terlibat, pelakon tersebut bertindak memadam ‘tweet’nya itu dan memuat naik ‘tweet’ lain meminta netizen lain turut berhenti mengecam.

“Saya cuma nak gembirakan orang, bukan sakit hati. So tak guna kalau nak bergaduh, marah dia…nanti dia sakit hati saya pula yang dapat dosa. Tak mahulah macam itu.

“Tolonglah korang, hormat-menghormati antara satu sama lain. Gembirakan orang disekeliling anda. Dunia perlukannya. ‘Have a nice day good hearts,” tulisnya.

Bagi MH, bagus juga sikap Ruhainies, pada mulanya dia mungkin marah tapi bila isu tu dah selesai, ‘move on’ jelah kan?

Sumber: Twitter Ruhainies

IKLAN