Uncategorized

Dira Abu Zahar Nasihat Fathia Untuk Fokus Kerja, Fathia Bagi Jawapan Balas

Share

Sejak semalam kecoh di media sosial bercerita tentang pelakon wanita popular, Fathia Latiff yang diselar oleh pelakon dan pengarah yang juga merupakan Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar.

Kebelakangan ini, Fathia dilihat begitu berani bersuara berkenaan hak rakyat dan suaranya itu sering dilontarkan menerusi akaun Twitternya.

Menurut sumber semalam ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno, Dira telah menyelar pelakon tersebut supaya turun padang jika benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” katanya.

Malah Dira juga memberi nasihat buat pelakon yang sering menerima kecaman daripada netizen ini untuk diam dan fokus pada kerjayanya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira lagi dalam ucapannya.

Sebentar tadi, MH ada ternampak Fathia memberikan respon atas nasihat yang diberikan oleh Dira terhadap dirinya di twitter.

Dia berkata, Dira mempunyai hak untuk bercakap begitu juga dengannya namun dia tetap akan berdiri teguh dengan setiap apa yang dikatakan olehnya.

Terdahulu, Fathia pernah berkongsi sebuah rakaman video bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagramnya dan dalam video itu Dr Mahathir berkata dia begitu kagum dengan keberanian Fathia untuk bersuara bagi kepentingan rakyat.

Sebelum ini, Fathia juga ada menyatakan hasratnya untuk diberi peluang menemuramah perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pernah interview Tun sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak? pleassee? I promise i’ll be good,” tulis Fathia di twitter.

Sumber: Mstar Online & Twitter Fathia Latiff

IKLAN